CIMB Tawar Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar Lebih Meluas. Ini Keperluan Permohonan

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd memperkenalkan program bantuan pembayaran bersasar (TPA) yang diperluaskan, sejajar dengan pengumuman oleh kerajaan baru-baru ini mengenai bantuan tambahan kepada peminjam B40 dan perusahaan mikro yang terjejas oleh COVID-19.

Baca juga: Penjelasan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar Yang Ramai Salah Anggap

Ketahui proses permohonan dan keperluan untuk membuat permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar CIMB di perkongsian bawah.

BANTUAN PEMBAYARAN BERSASAR (TPA) DIPERLUAS

CIMB Group Holdings Bhd dalam satu kenyataan, berkata di bawah TPA yang diperluaskan peminjam yang layak akan dapat:

  • Membuat permohonan penangguhan ansuran bulanan selama tiga bulan
  • Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan
  • Proses permohonan terbaik yang lebih mudah

MATLAMAT BANTUAN PEMBAYARAN BERSASAR

Bantuan tambahan yang ditawarkan itu adalah dengan matlamat untuk:

  • Membantu meringankan beban komuniti paling mudah terjejas
  • Menyediakan talian hayat kepada perniagaan mikro dalam tempoh mencabar ini
  • Memberi keutamaan kepada kesejahteraan kewangan dan daya tahan ekonomi pelanggan

PROSES PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN BALIK CIMB

CIMB memaklumkan peminjam yang layak boleh mula memohon bantuan itu mulai hari ini dan ia akan berkuat kuasa daripada ansuran bulan berikutnya atas permintaan dan pengesahan penerimaan peminjam.

Program ini adalah dari 1 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021 untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan.

Keperluan Permohonan

Sebagai sebahagian daripada proses permohonan:

  • Pelanggan individu akan diminta untuk memberikan pengisytiharan diri dan pengesahan penerimaan,
  • Manakala perusahaan mikro yang layak digalakkan menghubungi CIMB untuk memohon program tersebut dan hanya akan diminta untuk memberikan pengisytiharan diri bahawa pendapatan mereka tidak melebihi RM300,000 atau mereka mempunyai kurang daripada lima pekerja, melalui e-borang

CIMB berata, walaupun ia adalah program bantuan yang sedia ada, prosesnya telah dipermudahkan berikutan ia akan berdasarkan pengisytiharan diri peminjam mengenai pengurangan pendapatan diri mereka sendiri dan/atau isi rumah mereka.

Bagi bantuan selanjutnya, pelanggan boleh menghubungi Pusat Hubungan Pengguna CIMB di +603 6204 7788 atau e-mel covidcare@cimb.com, manakala perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menghubungi Pusat Panggilan Perniagaan CIMB di 1300 888 828 (tempatan) dan +603 2297 3000 (luar negara) pada waktu pejabat.

Baca juga: Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Islam Kini Dibuka. Semak Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma