Tawaran Set Komputer Percuma Buat Usahawan Mikro Di Pulau Pinang

Berita baik buat usahawan mikro di negeri Pulau Pinang! Usahawan mikro di bawah Program Usahawan mikro Go Digital bakal menerima set komputer bagi membantu mereka memasarkan produk secara dalam talian, selaras ciri norma baharu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, bantuan khas itu menyasarkan usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan peruntukan keseluruhan RM320,950.

Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut permohonan set komputer percuma usahawan mikro.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya usahawan yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk memohon:

  • Usahawan yang merupakan rakyat Pulau Pinang
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi Pulau Pinang
  • Menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya tiga bulan
  • Usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19

350 SET KOMPUTER AKAN DISUMBANGKAN

Sebanyak 350 set komputer yang menggunakan peranti ‘Ruggedized Next Unit of Computing (NUC)’ bagi menggantikan unit pemprosesan komputer (CPU) akan disumbangkan kepada usahawan mikro terpilih.

Bantuan berkenaan adalah inisiatif Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Usahawan dan lanjutan daripada program sebelum ini yang memanfaatkan 1,300 usahawan.

Susulan kemudahan yang agak terhad, usahawan akan dikenal pasti menerusi pejabat daerah, pejabat parlimen, penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun agensi lain yang berkaitan.

CARA MEMOHON

Usahawan mikro Pulau Pinang yang memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas boleh buat permohonan dengan memuat turun borang secara dalam talian bermula 25 November hingga 9 Disember 2020. Klik pautan berikut untuk muat turun borang secara dalam talian:

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma