SOP PKPB Terkini: Ibubapa Dibenarkan Hantar Anak Melebihi 3 Orang Ke Taska Dalam Satu Kenderaan
Berikutan dengan masalah ibu bapa yang sukar untuk menghantar anak-anak ke taska mengikut SOP yang ditetapkan iaitu satu kenderaan tidak melebihi 2 orang, kerajaan kini telah mengeluarkan SOP baharu berkaitan perkara ini bagi memberi kemudahan kepada semua orang.
SOP PKPB ini adalah melibatkan kawasan yang masih dikenakan PKPB iaitu WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Kedah (Daerah Kulim).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut SOP PKPB terkini yang telah dikemaskini.
IBU BAPA DIBENARKAN HANTAR ANAK MELEBIHI 3 ORANG KE TASKA
Untuk makluman anda, mengikut kepada SOP PKPB terbaru yang dikemaskini pada 21 November 2020, ibu bapa/ penjaga yang menhantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.
Namun, penumpang dalam satu kenderaan tersebut mestilah daripada isi rumah yang sama. Kemudahan ini diberikan adalah bagi memudahkan urusan ibubapa atau penjaga yang bekerja dan perlu menghantar anak ke taska.