Daftar Karnival Penjana Kerjaya Belia 2020, Lebih 8,000 Kekosongan Kerja Ditawarkan
Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan kini membuka peluang pekerjaan yang luas buat belia di Malaysia yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.
Karnival PENJANA KERJAYA Belia 2020 diperkenalkan bagi memberi peluang menghadiri temuduga secara dalam talian dan dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan calon. Sebanyak 8,000 peluang kerjaya ditawarkan oleh lebih daripada 26 syarikat melalui karnival ini.
Temuduga secara dalam talian akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan melalui CISCO WEBEX. Belia yang berminat boleh buat pendaftaran awal dan mohon jawatan yang anda mahu sebelum 24 November jam 12 tengah hari.
Isi Kandungan
MAKLUMAT TEMUDUGA
Karnival Penjana Kerjaya Belia 2020 akan dilaksanakan seperti berikut:
- Webinar Kerjaya: 24 November 2020
- Temuduga secara dalam talian 25 – 26 November 2020
- Masa: 9 pagi – 4.45 petang
Temuduga secara dalam talian dan webinar kerjaya adalah dilaksanakan melalui CISCO WEBEX.
HADIAH MENARIK MENANTI
Peserta yang mendaftar dan menghantar borang maklum balas program yang lengkap berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.
SENARAI JAWATAN KOSONG
Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan buat belia:
CARA DAFTAR KARNIVAL KERJAYA
Sekiranya anda berminat untuk menyertai temuduga secara dalam talian melalui Karnival Penjana Kerjaya Belia 2020 seperti yang diiklankan, anda boleh buat pendaftaran awal terlebih dahulu. Pendaftaran adalah dibuka sehingga 24 November 2020 jam 12.00 tengah hari.
Berikut adalah panduan mendaftar untuk sertai temuduga online:
- Klik pautan https://careerfair.perkeso.gov.my/
- Klik pada butang REGISTER
- Pilih KARNIVAL PENJANAKERJAYA BELIA dan klik Register
- Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik Register
- Setelah selesai mendaftar, anda boleh lihat senarai jawatan yang ditawarkan beserta maklumat temuduga
- Untuk mohon, klik Details pada mana-mana jawatan yang anda mahu
- Klik Apply
- Senarai jawatan yang anda mohon akan dimasukkan dalam List of Application
Setelah selesai mendaftar jawatan kosong yang anda berminat dan sesuai dengan kelayakan, anda diminta untuk tunggu makluman masa temuduga pada tarikh yang ditetapkan.
Sudah daftar, jangan pula anda tidak hadir temuduga! Ingat, temuduga adalah secara dalam talian melalui CICSO WEBEX. Jadi anda diminta untuk bersedia dengan aplikasi tersebut seawal mungkin.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi:
- Nailah (PERKESO): 013 310 8598
- Danish (PERKESO): 017 288 3800
- Hisyamudin (KBS): 010 763 1532
- Azura (KBS): 019 939 7826