15,054 Calon SPM Tahun 2021 Bakal Terima Bantuan RM50 Seorang

Berita baik buat pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021! Seramai 15,054 pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun depan akan terima bantuan kewangan daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sumbangan wang tunai itu membabitkan peruntukan kewangan berjumlah RM752,700.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai berita baik buat calon SPM ini.

BANTUAN RM50 BUAT CALON SPM 2021

Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyumbangkan bantuan sebanyak RM50 bagi setiap pelajar khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Sumbangan ini adalah dengan harapan:

  • Dapat diguna pakai untuk persediaan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun depan.

Berita baik itu diumumkan pada sesi penggulungan Belanjawan 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini.

BANTUAN RM1000 BUAT PENJAWAT AWAM

Kerajaan Pahang telah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1000 kepada 8000 penjawat awam tanpa pengecualian gred dalam pembentangan Belanjawan 2021 negeri itu pada Isnin lepas.

Pembayaran bantuan dikatakan akan dibuat pada:

  • Sebelum 16 Januari tahun hadapan

Untuk info lanjut pemberian bantuan RM1000 penjawat awam, anda boleh baca DI SINI. Bantuan-bantuan yang diberikan ini adalah sebagai tanda kerajaan negeri prihatin dengan rakyatnya. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menghargai golongan pelajar dan penjawat awam.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma