Warong Rider: Jana Pendapatan Sebagai Rider Dan Terima Kit Permulaan Dibiayai SME Corp
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperkenalkan platform servis penghantaran Warong Rider untuk kegunaan semua golongan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.
Kerjasama membabitkan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKM) menerusi Program Micro Connector membolehkan penghantar atau rider menerima bantuan untuk menjalankan tugasan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Warong Rider.
Isi Kandungan
KIT PERMULAAN DISEDIAKAN
Melalui kerjasama ini, rider di bawah platform Warong Rider akan dibekalkan dengan kit permulaan meliputi:
- Beg penghantaran
- Pakaian seragam
Kit permulaan adalah bernilai RM250 di mana 70% dari kosnya dibiayai oleh SME Corp melalui Program Micro Connector.
OBJEKTIF WARONG RIDER
Warong Rider dilaksanakan dengan tujuan untuk:
- Membuka peluang kepada belia B40 menjana pendapatan melalui perniagaan
- Menjana peluang pekerjaan kepada rakyat terutamanya belia yang terjejas akibat COVID 19
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Warong Rider adalah:
- Penghantaran bungkusan
- Penghantaran makanan dan minuman
- Penghantaran dokumen
- Penghantaran ubat-ubatan
- Serta lain-lain mengikut terma dan syarat
MEDIUM PENGHANTARAN
Penghantaran boleh dilakukan dengan menggunakan medium seperti berikut:
- Kereta
- Motosikal
- Basikal
- Dron
CARA DAFTAR SEBAGAI RIDER
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai rider Warong Rider, anda boleh daftar dengan langkah berikut:
- Klik pautan berikut: warongrider.com
- Anda perlu muat turun aplikasi yang disediakan. Klik DOWNLOAD NOW
- Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan hantar borang tersebut secara online
- Tunggu anda dipanggil untuk latihan dan seterusnya bekerja bersama Warong Rider
Sekiranya anda mempunyai berminat untuk ceburi kerjaya sebagai rider dengan Warong Rider dan mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Warong Rider di alamat berikut:
- Warong Rider HQ
No.1, Jalan Setia Dagang AL U13/AL,
40170 Shah Alam,
Selangor. - Tel: 03 5032 8510
- Email: support@warongrider.com
- Whatsapp: +017676 9201