Senarai Inisiatif Belanjawan 2021 Bagi Melonjak Pengajian Tinggi & TVET Yang Graduan Perlu Tahu
Pelbagai inisiatif Belanjawan 2021 disediakan bagi melonjak Pengajian Tinggi dan TVET. Insiatif disediakan adalah menumpu kepada pembangunan kemahiran, kelangsungan pendidikan dan penempatan pekerjaan graduan.
Selain itu, terdapat juga inisiatif lain yang masih berjalan di bawah pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN & PENJANA iaitu bantuan tunai buat pelajar baharu, serta pelan data & peranti untuk pelajar IPT dari golongan B40.
Berikut adalah senarai insiatif buat graduan dan mahasiswa hasil daripada pembentangan Belanjawan 2021.
Isi Kandungan
INISIATIF MELONJAK PENGAJIAN TINGGI & TVET
Program Perantisan Nasional
- Insentif kepada majikan swasta RM1000 selama 3 bulan dan geran sehingga RM4000 untuk program latihan yang ditawarkan kepada graduan.
- Ini adalah bagi menggalakkan pengambilan graduan untuk bekerja
eBelia eWallet
- RM50 secara one off ke dalam akaun e-wallet belia berumur 18 hingga 20 tahun
Baca maklumat permohonan DI SINI.
50,000 Peluang Pekerjaan Melalui mySTEP
- RM700 juta peruntukan disediakan bagi melancarkan program MySTEP iaitu program perantisan bersama GLC
- 50,000 peluang pekerjaan disediakan dalam sektor awam dan GLC bagi memberi peluang kepada graduan untuk bekerja
Baca selanjutnya mengenai MySTEP DI SINI.
KPT-PACE
- RM150 juta diperuntukkan dalam memberi peluang peningkatan kemahiran dalam kalangan graduan
- Baucar RM3000 disediakan buat 50,000 graduan bagi meningkatkan kemahiran melalui pensijilan profesional
Baca selanjutnya DI SINI.
Galakan Cukai
- Bagi aktiviti pengkomersialan hasil R&D diperkenalkan semula dan diperluaskan kepada universiti swasta
Penaiktarafan MYREN
- RM50 juta diperuntukkan bagi menaik taraf talian akses Malaysian Research & Education Network atau MYREN kepada 500Mbps hingga 10 Gbps
Pelepasan Cukai RM8000
- Pelepasan cukai sebanyak RM8000 bagi simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022
Membaikpulih Infrastruktur
- RM50 juta diperuntukkan bagi projek membaikpulih insfrastruktur dan peralatan usang Universiti Awam
- Inisiatif ini adalah bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelajar IPT
Pemerkasaan TVET
- RM300 juta Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
- RM60 juta Sistem Latihan Dual Nasional Plus Elaun bulanan dinaikkan daripada RM625 kepada RM1000
- RM29 juta inisiatif Pendidikan Islam dan pembelajaran sepanjang hayat untuk Institusi tahfiz dan sekolah pondok
INISIATIF MAHASISWA
Bantuan RM50 Pelajar Baharu
- Bantuan RM50 setiap pelajar diberikan kepada 76,153 pelajar baharu Institut Pengajian Tinggi.
Baca:Semak Kelayakan Bantuan Kewangan RM50 Pelajar IPT & Kemaskini Maklumat Anda Sekarang
Bantuan Pelan Data B40
- 320,396 kad sim kepada B40 untuk pembelajaran dalam talian (225,784 mendapat simkad percuma dengan pelan data khusus pelajar, 94,612 bantuan secara tunai bagi melanggani pelan data.
Baca: Senarai Pakej Pelan Data Khas Buat Pelajar IPT. Dapatkan Sekarang
Bantuan Peranti
- RM13.4 juta diperuntukkan dengan menyediakan sebanyak 8,965 unit peranti kepada mahasiswa untuk proses PdP secara atas talian.
Baca: Bantuan Peranti Buat Pelajar IPT Kini Sudah Boleh Dituntut. Dapatkan Sekarang