Lebih Mudah, Ini Cara Akses Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah Guna Handphone
Seperti yang semua sudah sedia maklum, penggunaan buku teks bagi semua guru dan murid di sekolah adalah satu perkara yang sangat penting sebagai rujukan. Buku teks ini merupakan rujukan utama dan dibekalkan secara percuma kepada semua pelajar warganegara Malaysia.
Selaras dengan kemajuan teknologi digital yang berkembang maju, penggunaan buku teks kini bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi juga ada dalam bentuk digital versi pdf dan aplikasi di telefon pintar.
Ikuti perkongsian di bawah untuk cara akses buku teks digital sekolah rendah dan menengah menggunakan handphone.
Isi Kandungan
CARA AKSES BUKU TEKS DIGITAL SEKOLAH RENDAH (Tahun 1 ~ Tahun 6)
Berikut adalah langkah akses ke buku teks digital melalui aplikasi di telefon pintar:
Langkah 1
Buka Google Playstore / Appstore di telefon anda. Cari aplikasi UPSR KSSR – Buku Teks Digital Tahun 1 – 6. Klik butang Install untuk muat turun aplikasi.
Langkah 2
Dah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut. Daftar menggunakan emel Google atau Facebook dan masukkan kata laluan.
Kata laluan adalah sama seperti akaun Gmail atau Facebook yang anda guna.
Langkah 3
Dah log masuk, anda dah boleh akses ke semua buku teks sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6.
Dari tahun 1 hingga tahun 6 semua ada termasuk silibus DLP (dual language programme).
Langkah 4
Anda boleh pilih mana-mana buku teks yang anda mahu. Anda boleh pilih untuk buka muka surat yang anda nak dengan mudah, tidak perlu selak satu-satu kerana ia dibahagi mengikut bab.
CARA AKSES BUKU TEKS DIGITAL SEKOLAH MENENGAH ( Ting. 1 ~ Ting. 4)
Untuk sekolah menengah, sama juga caranya. Cuma aplikasinya sahaja berbeza.
Langkah 1
Buka Google Playstore atau Apple App Store dan cari aplikasi My KSSM – Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia (untuk sekolah menengah). Klik Install untuk muat turun aplikasi.
Langkah 2
Dah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut dan daftar menggunakan akaun Gmail atau Facebook dan masukkan kata laluan yang sama.
Langkah 3
Bila dah daftar, anda boleh akses ke semua buku teks digital sekolah menengah secara percuma sahaja. Pilih mengikut tingkatan yang anda mahu.
Aplikasi-aplikasi begini pasti amat memudahkan lebih-lebih dalam tempoh pandemik / PKPB yang menekankan home based learning. Tiada alasan lagi pelajar tertinggal buku di sekolah atau sebagainya yang memberi halangan mereka belajar dari rumah.
Semoga bermanfaat!