Manfaat Buat Golongan Wanita & Kanak-kanak Melalui Belanjawan 2021

Peruntukan khusus kepada golongan wanita dan kanak-kanak menerusi Belanjawan 2021 yang diumumkan bakal memberi kemudahan dan manfaat kepada golongan ini dalam terus bekerjaya dan melaksanakan tanggungjawab.

Selain golongan wanita, golongan lain seperti belia, warga emas, OKU, B40 & M40 juga menerima pelbagai manfaat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai manfaat yang diterima oleh golongan wanita dan kanak-kanak melalui Belanjawan 2021.

MANFAAT GOLONGAN WANITA & KANAK-KANAK

Pembiayaan Mikro Kredit

  • Peruntukan sebanyak RM95 juta untuk menyediakan pembiayaan mikro kredit khas melalui TEKUN, MARA & AgroBank

Ar Rahnu BizNita

  • Peruntukan sebanyak RM50 juta dibawah YaPEIM melalui Ar Rahnu BizNita
  • Penyediaan modal perniagaan buat usahawan wanita

Usahawan Mikro BizMe

  • Mewujudkan 2000 usahawan wanita melalui Usahawan Mikro BizMe Kontraktor wanita dalam kontrak kerajaan

Saringan Kanser Serviks Mammogram

  • RM10 juta diperuntukkan bagi menyediakan saringan kanser serviks mammogram secara percuma kepada golongan wanita

Pusat Komuniti

  • RM20 juta diperuntukkan untuk menubuhkan pusat komuniti & NGO tempat jagaan anak-anak selepas tamat sesi sekolah
  • Turut dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini dan program bimbingan mentor

Program Imunisasi Pneumokokal

  • Kerajaan akan melaksanakan program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak dengan peruntukan RM90 juta yang dijangka memanfaatkan 500,000 kanak-kanak

Taska Di Bangunan Kerajaan

  • Peruntukan RM30 juta untuk menyediakan taska di bangunan kerajaan bagi memberi sokongan untuk ibu barisan hadapan dan ibu bekerjaya

Geran Padanan Sektor Swasta

  • Bagi sektor swasta, geran padanan sehingga RM20 juta akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis mereka

Pusat Sokongan Sosial

  • RM21 juta diperuntukkan untuk membina Pusat Sokongan Sosial Setempat iaitu tempat perlindungan sosial dan sokongan moral untuk para wanita
  • Ia bertujuan untuk membantu para wanita yang mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.

Program Pendidikan Awal KEMAS

  • Sebanyak RM170 juta diperuntukkan bagi program pendidikan awal kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Manfaat Buat Golongan Wanita & Kanak-kanak Melalui Belanjawan 2021

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma