Permohonan Lanjutan Moratorium Bersasar Untuk Tempoh 3 Bulan Atau Pengurangan Ansuran Bulanan 50%
Memahami masalah rakyat Malaysia yang ramai kehilangan kerja dan ada juga dipotong gaji bulanan, kerajaan telah membuat keputusan untuk memberi Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (TRA) atau Lanjutan Moratorium Bersasar seperti yang diumumkan melalui pembentangan Belanjawan 2021.
Lanjutan Moratorium Bersasar ini bakal memberi manfaat kepada peminjam dari golongan B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman di bawah RM150,000. Golongan M40 juga boleh membuat permohonan untuk pengurangan bayaran balik pinjaman.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Lanjutan Moratorium Bersasar yang diumumkan oleh kerajaan.
Isi Kandungan
BENTUK BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN (TRA)
Bantuan ini disediakan untuk bayaran ansuran mulai bulan Disember 2020 dan akan berkuatkuasa pada ansuran seterusnya selepas permohonan dan pengesahan peminjam diterima.
Peminjam akan menerima manfaat dalam bentuk bantuan berikut:
- Penangguhan bayaran ansuran bulanan selama 3 bulan
- Pengurangan bayaran ansuran bulanan sebanyak 50% dalam tempoh 6 bulan
SYARAT KELAYAKAN LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk lanjutan moratorium bersasar:
- Golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- Perusahaan mikro, menurut takrifan SME Corp, bagi kemudahan dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000
- Bantuan ini akan disediakan untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020
- Pinjaman tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada masa peminjam memohon bantuan bayaran balik
- Peminjam B40 dan perusahaan mikro yang pernah menerima apa-apa bentuk bantuan bayaran balik bersasar yang lain dan ingin memohon bantuan lanjutan di bawah langkah-langkah tambahan yang diumumkan pada hari ini, masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi bank masing-masing.
- Peminjam golongan M40 boleh membuat permohonan untuk mengurangkan kadar bayaran ansuran bulanan
PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR
Tarikh permohonan bagi Lanjutan Moratorium Bersasar ini adalah:
- 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021
Sekiranya anda melepasi syarat kelayakan dan ingin memohon untuk Lanjutan Moratorium bersasar, anda boleh buat permohonan dengan langkah berikut:
- Hubungi pihak bank berkaitan
- Buat pengesahan pilihan bayaran balik
- Peminjam M40 yang ingin membuat permohonan perlu membuat pengisytiharan (self declaration) tentang pengurangan pendapatan mereka atau pendapatan isi rumah bagi mempercepatkan lagi pemberian bantuan
- Bank berkaitan akan terus menghubungi para peminjam dalam kategori ini untuk mengkaji semula keadaan kewangan mereka
- Proses dan keperluan dokumentasi permohonan akan berbeza mengikut bank. Walaubagaimanapun, proses permohonan dijangka mudah dengan keperluan dokumentasi yang lengkap. Bank-bank tidak memerlukan dokumen tambahan kepada peminjam untuk memberikan bantuan bayaran balik ini
- Bagi pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap, peminjam perlu menandatangani perjanjian baharu menurut Akta Sewa Beli 1097 dan keperluan Syariah
- Dalam kebanyakan keadaan, peminjam boleh memohon dan melengkapkan permohonan secara dalam talian atau melalui telefon
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Lanjutan Moratorium Bersasar, anda boleh hubungi talian Bank Negara Malaysia di 1 300 88 5465.