Senarai Skim Bantuan Zakat Pendidikan Oleh MAIWP Yang Anda Boleh Mohon
Menunaikan amanah para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menawarkan pelbagai bantuan zakat buat individu-individu yang memerlukan sumbangan kewangan dalam pendidikan.
Bantuan zakat pendidikan MAIWP melibatkan pelajar sekolah dan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai bantuan zakat pendidikan MAIWP dan info lanjut.
Isi Kandungan
SKIM BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN MAIWP
Berikut adalah senarai skim bantuan zakat pendidikan yang ditawarkan oleh MAIWP:
- Bantuan Am Persekolahan / Bantuan Persediaan Sekolah Berasrama
- Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
- Bantuan Yuran Tuisyen
- Bantuan Am Pelajaran IPT / Persediaan IPT
- Bantuan Pelajar Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur
- Bantuan Pelajar Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS
- Bantuan Insentif Galakan Hafaz Al-Quran
- Biasiswa Baitumal Insentif Khas Pelajar Cemerlang
- Bantuan Latihan Kemahiran Industri
- Bantuan Pemantapan Agama Islam
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah
CARA MEMOHON
Borang permohonan yang telah siap diisi perlu disertakan dengan semua dokumen yang diperlukan. Setelah borang dan dokumen telah disediakan, pemohon boleh hantar terus dengan hadir sendiri ke kaunter Baitumal MAIWP yang telah ditetapkan.
Serahan borang dan permohonan boleh dilakukan di alamat kaunter berikut:
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
51200, Malaysia
Tel: 03 – 4047 9444