Info

Skim BSN MyRinggit-i COMSIS: Skim Pinjaman Komputer Riba Buat Pelajar IPT

November 6, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Skim BSN MyRinggit-i COMSIS_ Skim Pinjaman Komputer Riba Buat Pelajar IPT

Kerajaan akan menyediakan bantuan komputer riba percuma kepada 150,000 pelajar sekolah bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan pembelajaran secara atas talian.

Dalam norma baharu ini, pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan tidak kira pelajar sekolah ataupun IPT. Oleh itu kerajaan telah memberi peruntukan untuk menawarkan skim pinjaman komputer riba buat penuntut IPT yang membuat pinjaman PTPTN.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pinjaman komputer riba buat pelajar IPT.

SKIM PINJAMAN KOMPUTER RIBA PELAJAR IPT

Kerajaan dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menyediakan RM100 juta bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ia bagi memastikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Baca juga: Manfaat RM50 eWallet Buat Belia Berumur 18 Tahun Hingga 20 tahun

PELEPASAN CUKAI RM8000 BUAT IBU BAPA

Bagi menggalakkan ibu bapa menyimpan bagi membiayai kos pendidikan tinggi anak-anak, pelepasan cukai sehingga RM8000 bagi simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

Graduan baharu yang telah tamat belajar juga akan menerima manfaat baucar RM3,000 seorang bagi mengikuti kursus sijil profesional melalui program KPT PACE.  Terdapat 7 inisiatif belanjawan lain lagi disediakan untuk membantu graduan dan KPT.

Baca juga: Bantuan RM180 Untuk Pembelian Telefon Baru Atau Langgan Internet Mulai 2021 Bagi B40

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda