Baucar RM3000 Seorang Buat 50,000 Graduan Melalui Program KPT PACE

Pendidikan adalah pelaburan paling penting bagi memastikan kualiti kehidupan lebih baik untuk generasi akan datang. Oleh itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terus menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan.

Dalam Belanjawan 2021, KPT menerima sebanyak RM14.4 bilion dengan RM11.58 bilion (perbelanjaan mengurus) dan RM2.82 bilion (perbelanjaan pembangunan).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut inisiatif kerajaan dalam membantu graduan.

BAUCAR RM3000 BUAT GRADUAN MELALUI KPT PACE

Pengumuman Belanjawan 2021 amat dialu-alukan warga pendidikan tinggi. Peruntukan itu dapat membantu KPT dan agensi di bawah kementerian seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) melaksanakan program pembangunan pendidikan tinggi dan kebolehpasaran graduan.

Sebanyak RM150 juta bagi program KPT PACE iaitu graduan baharu ditawarkan baucar RM3,000 seorang untuk mengambil kursus sijil profesional. Program itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 50,000 graduan.

7 INISIATIF LAIN BUAT GRADUAN

Selain program KPT PACE, berikut adalah 7 inisiatif belanjawan lain yang dibentangkan dalam usaha membantu graduan dan KPT:

  • Kerajaan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional menyediakan RM100 juta bagi pembiayaan Skim MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba
  • Pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi menggalakkan ibu bapa menyimpan bagi membiayai kos pendidikan tinggi anak-anak
  • RM50 juta diperuntukkan untuk menaik taraf talian akses Malaysian Research and Education Network (MYREN) kepada 500Mbps hingga 10Gbps
  • RM50 juta diperuntukkan bagi projek membaik pulih infrastruktur dan peralatan usang di universiti awam
  • Bagi melahirkan graduan kedoktoran dan perubatan, sebanyak RM50 juta disediakan untuk perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti.
  • Peruntukan RM29 juta untuk melaksanakan program pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah KPT antaranya inisiatif pendidikan Islam dan pembelajaran sepanjang hayat kepada 15,000 pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok.
  • Pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih Sijil Simpanan Pendidikan Nasional yang dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

Jelas Belanjawan 2021 berpaksikan tiga matlamat induk iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. Sesungguhnya belanjawan itu amat bertepatan dengan usaha KPT dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma