Hak Undang-undang Sebagai Pekerja Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu
Ketahui hak undang-undang anda sebagai pekerja di Malaysia! Sebagai pekerja, anda pun mempunyai hak untuk bertindak sekiranya majikan melakukan sesuatu yang tidak menepati undang-undang di Malaysia.
Malangnya ramai yang kurang ambil tahu mengenai undang-undang yang ada menyebabkan banyak majikan yang menindas pekerja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui undang-undang dan hak sebagai pekerja di Malaysia yang ramai tak tahu.
HAK UNDANG-UNDANG PEKERJA DI MALAYSIA
- Pembayaran Gaji
Pekerja harus dibayar gaji bulanan mereka tidak lewat daripada hari ketujuh selepas pembayaran gaji bulan lalu. Kadar gaji minima yang ditetatapkan di Wilayah Bandar-bandar Utama adalah RM1200. - Waktu Bekerja
Pekerja di Malaysia tidak digalakkan untuk bekerja lebih dari lapan jam sehari, 48 jam seminggu ataupun bekerja selama lima jam seturut-turut tanpa rehat. - Kerja Lebih Masa
Pekerja perlu dibayar tidak kurang daripada 1.5 kali ganda pada hari biasa, dua kali ganda pada haru cuti berehat dan tiga kali ganda pada hari cuti umum. - Cuti Rehat
Pekerja di Malaysia berhak mendapatkan satu hari berehat dalam seminggu dan mereka perlu dibayar pada waktu tersebut. - Cuti tahunan
Pekerja berhak mendapatkan cuti tahunan sebanyak 8 hari bagi yang bekerja kurang dari 2 tahun, 12 hari bagi yang bekerja lebih 2 tahun dan kurang daripada 5 tahun, dan 16 hari bagi yang bekerja lebih dari 5 tahun. - Cuti Sakit
pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun berhak mendapatkan cuti sakit 14 hari, 19 cuti sakit bagi yang bekerja lebih 2 tahun dan 22 hari bagi yang bekerja lebih dari 5 tahun. - Cuti Umum
Pekerja berhak dibayar jika bekerja pada cuti umum dan berhak meminta cuti ganti jika terpaksa bekerja pada hari itu - Pekerja Wanita
Pekerja wanita tidak boleh melakukan kerja-kerja perindustrian, pertanian, mahupun pekerjaan di bawah tanah antara jam 10 malam sehingga 5 pagi. - Perlindungan Bersalin
Pekerja wanita yang mengandung berhak mendapat cuti bersalin tidak kurang daripada 60 hari dan juga gaji bulanan - Penamatan Kerja
Tempoh notis penamatan kerja (jika tidak diberikan sebarang kontrak oleh syarikat) adalah selama 5 minggu jika bekerja kurang dari 2 tahun, 6 minggu jika bekerja lebih 2 tahun dan 8 minggu jika sudah bekerja 5 tahun lebih. - Faedah Sampingan (Bonus)
Pekerja layak mendapat bonus sebanyak 10 hari gaji setiap tahun jika sudah bekerja kurang dari 2 tahun, 15 hari gaji jika bekerja lebih dari 2 tahun dan 20 hari hari gaji jika bekerja lebih dari 5 tahun
Bila dah tahu, semoga anda dapat mempertahankan hak anda sebagai pekerja sekiranya majikan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang di Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan adalah melaporkan kepada pejabat buruh berdekatan.
Semoga bermanfaat!