Semak Kelayakan Bantuan Kewangan RM50 Pelajar IPT & Kemaskini Maklumat Anda Sekarang

Berita baik buat pelajar baru yang mendapat tawaran ke Universiti Awam! Pelajar-pelajar baharu UA yang menerima tawaran kemasukan bagi sesi September 2020/2021 Program Ijazah Sarjana Muda Lepasan SPM/Setaraf melalui UPU Online adalah layak menerima Bantuan Kewangan one off RM50.

Bagi pelajar IPT yang lain tidak perlu risau kerana anda masih layak menerima bantuan lain dari segi Pakej Pelan Data dan Bantuan Peranti yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Iktu perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan kelayakan bantuan kewangan pelajar yang layak.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM50

Pelajar baharu yang menerima tawaran ke UA boleh menyemak status kelayakan masing-masing di Bahagian Kemasukan atau Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UA masing-masing.

Pelajar diminta menghubungi Bahagian Kemasukan atau HEP masing-masing untuk mengemaskini dokumen/ maklumat-maklumat berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Nombor akaun bank dan nama bank
  • Salinan penyata/ buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank)
  • Nombor telefon bimbit/ emel

SALURAN BANTUAN

Bantuan akan disalurkan ke akaun bank pelajar mulai pertengahan November 2020 hingga 31 Disember 2020 oleh pihak UA masing-masing. Sekiranya pelajar yang layak tidak mempunyai akaun bank, bantuan akan disalurkan secara tunai oleh UA mengikut kaedah agihan yang mematuhi SOP MKN berkaitan.

Untuk makluman anda, bantuan tidak boleh disalurkan melalui akaun bank ibu, ayah atau saudara mara. Hanya akaun bank pelajar sendiri sahaja adalah layak.

KENAPA HANYA PELAJAR BAHARU SAHAJA LAYAK?

Seperti yang sedia maklum, pelajar baharu adalah yang paling terkesan selepas pengumuman penangguhan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka di UA pada 2 Oktober 2020 lalu memandangkan ini merupakan pengalaman kali pertama mereka untuk menyambung pengajian di UA.

Bagi mengurangkan beban pelajar baharu tersebut, insentif RM50 diperuntukan bagi setiap pelajar UA bagi langganan awal pembelian pelan data mengikut tawaran telekomunikasi pilihan masing-masing.

Baca juga: Bantuan Peranti Buat Pelajar IPT Kini Sudah Boleh Dituntut. Dapatkan Sekarang

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berhubung bantuan kewangan RM50 pelajar IPT, anda boleh hubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian kemasukan atau HEP di UA masing-masing.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma