Bantuan Peranti Buat Pelajar IPT Kini Sudah Boleh Dituntut. Dapatkan Sekarang
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bekerjasama dengan pihak IPT dan menyelaraskan empat jenis bantuan pakej pelan data dan peranti kepada pelajar IPT yang mampu memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi sesi pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.
Bantuan yang diberikan adalah meliputi Bantuan Kewangan One-Off RM50, Bantuan Peranti dan Bantuan Pakej Pelan Data.
Untuk makluman anda, bantuan peranti akan diberikan secara percuma kepada pelajar yang layak dan secara baucer diskaun kepada pelajar lain.
Isi Kandungan
BANTUAN PERANTI PERCUMA
Bantuan peranti percuma akan diberikan kepada pelajar B40 yang layak sahaja. Pemilihan pelajar Universiti Awam B40 secara bersasar akan dibuat oleh pihak HEP UA. Pelajar yang terpilih akan dihubungi sendiri oleh pihak UA masing-masing.
Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk:
- Pemberian percuma komputer riba
- Pemberian wang tunai
- Pinjaman peranti sepanjang pengajian
- Bantuan pinjaman kewangan istimewa
Pelajar-pelajar yang terpilih akan menerima peranti secara berperingkat bermula November 2020 (pelajar akan dihubungi oleh pihak UA).
Baca juga: Senarai Pakej Pelan Data Khas Buat Pelajar IPT. Dapatkan Sekarang
PAKEJ PERANTI ISTIMEWA
Kepada pelajar yang tidak layak menerima bantuan peranti percuma, masih ada pakej istimewa dalam bentuk diskaun buat anda. Semua pelajar IPT layak memohon pakej istimewa ini. Urusan pembelian pakej istimewa pelan dan peranti boleh dibuat terus dengan pembekal perkhidmatan.
Apple Online Store
Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui https://www.apple.com/my/education/higher-education/
Acer
Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian https://store.acer.com/en-my/promotion/students. Pelajar diminta memasukkan kod diskaun mengikut model komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Acer.
SAMSUNG
Tawaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Pihak SAMSUNG kepada pihak pengurusan IPT. Pihak SAMSUNG hanya berurusan dengan pihak Pengurusan IPT sahaja. Pengurusan IPT yang mendaftar sahaja layak untuk menerima kadar diskaun Education Online Store melalui http://shop.samsung.com/my/samsung-education-store.
Para pelajar boleh terus menghubungi pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti Awam masing-masing untuk pertanyaan lanjut.