Bayaran Gaji Adalah Seperti Biasa Bagi Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR)

Susulan arahan yang diberikan oleh Menteri Kanan Pertahanan pada 20 Oktober 2020 lepas, pekerja di kawasan yang diisytiharkan terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah diarahkan untuk bekerja dari rumah (work from home) dengan syarat tertentu.

Arahan bekerja dari rumah yang bermula hari ini adalah melibatkan hampir 1 juta pekerja. Namun pasti pekerja yang terlibat sudah mula risau mengenai bayaran gaji kan?

Baca juga: Apa Beza PKPB, PKPD & PKPDB? Ini Istilah Berkaitan PKP Yang Perlu Anda Tahu

BAYARAN GAJI ADALAH SEPERTI BIASA

Berhubung dengan arahan bekerja dari rumah, KSM menegaskan bahawa bayaran gaji adalah seperti biasa dan majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan  Cuti Tahunan ataupun mengambil Cuti Tanpa Gaji.

Perkara ini selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun begitu, majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa jua tindakan serta keputusan yang diambil demi kepentingan bersama.

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi JTKSM melalui talian 03-8886 2353 / 03 8886 2409  /03 8888 9111.

Bayaran Gaji Adalah Seperti Biasa Bagi Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR)

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma