“Berapakah Gaji Yang Anda Inginkan?”. Ketahui Tips Jawab Soalan Temuduga Ini

Jangan terlalu gopoh untuk jawab temuduga sekiranya anda disoal tentang jumlah gaji yang diingini. Hal ini adalah kerana soalan ini antara soalan ‘tricky’ ataupun perangkap daripada penemuduga. Walaupun penemuduga pasti akan tanya soalan ini, tetapi sebenarnya soalan berkaitan jumlah gaji adalah salah satu soalan yang tidak elok dibincang semasa temuduga.

Habis kalau ditanya nanti macam mana nak jawab?

Jangan gelabah, ini tips untuk jawab soalan temuduga “berapa gaji yang anda inginkan?”.

TIPS MEMBERI JAWAPAN BERKAITAN GAJI

Nyatakan anda boleh bertolak ansur

Anda boleh menjawab soalan ini dengan menyatakan bahawa anda boleh berunding mengenai gaji yang ditawarkan sekiranya anda mempunyai pengalaman dan kelayakan yang luas dalam bidang yang dipohon.

Pertimbangkan untuk menyatakan anggaran gaji sekiranya melibatkan pengalaman dan kelayakan.

Nyatakan anggaran

Sudah bertolak ansur dan berunding mengenai gaji, jika majikan menyuruh anda letakkan jumlah gaji yang anda mahu, anda boleh nyatakan anggaran jumlah yang masuk akal atau sesuai dengan jawatan yang dipohon. Contohnya anda boleh letakkan anggaran gaji seperti RM2,000 ~ RM2,500.

Ia kelihatan anda masih lagi bertolak ansur dengan anggaran gaji tetapi kelihatan jelas untuk majikan menentukan gaji yang anda inginkan.

Selidik jumlah gaji yang sesuai

Nak letak jumlah gaji anggaran pun jangan main letak sahaja. Jika anda pertama kali nak kerja, pastikan anda selidik terlebih dahulu berapa jumlah gaji yang sesuai dengan jawatan anda. Jangan letakkan anggaran gaji yang tidak sesuai dengan bidang tugas anda. Contohnya gaji untuk jawatan sebagai admin, anda boleh letak gaji anggaran RM1,800 ~ RM2,300.

Ceritakan pengalaman anda

Anda boleh tekankan mengapa anda sesuai dengan jawatan tersebut dan dengan gaji yang ditawarkan. Contohnya seperti ini ” Berdasarkan pengalaman saya selama 10 tahun dalam bidang ini, saya menjangkakan gaji saya sepatutnya adalah antara RM2,500 hingga RM3,000″.

Sebelum menyebut gaji tertentu, pastikan ianya berada dalam anggaran gaji yang ditawarkan oleh penemuduga. Jika pengalaman dan kemahiran yang anda ada banyak, anda boleh berunding untuk dapatkan gaji yang lebih bagus!

ELAKKAN 3 PERKARA INI

Elakkan 3 perkara ini bila berbincang mengenai gaji semasa temuduga:

  • Elakkan daripada menetapkan jumlah gaji anda. Lebih baik sekiranya anda membuat rundingan gaji bersama majikan anda
  • Elakkan daripada meletakkan nilai yang rendah pada kelebihan dan pengalaman anda. Sekiranya pengalaman kerjaya dan pencapaian anda diiktiraf oleh institusi tertentu, letakkan nilai yang sesuai dan berbaloi
  • Jangan bersikap negatif. Walaupun jumlah ditawarkan kelihatan sangat rendah, tanya kepada majikan dengan baik sebabnya dan adakah masih boleh berunding mengenai gaji yang ditawarkan
  • Fresh graduate atau tiada pengalaman jangan sesekali demand gaji

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma