Nak Sambung Belajar Luar Negara? Ini 4 Step Yang Perlu Anda Lakukan

Anda bercita-cita nak belajar di luar negara? Menyambung pengajian di luar negara dalam kalangan rakyat Malaysia kini sudah menjadi perkara yang biasa. Sebenarnya ada yang berminat nak belajar di luar negara, cuma tak tahu caranya membuatkan mereka tidak membuat sebarang permohonan.

Kesempatan belajar di seberang laut sudah pasti suatu pengalaman yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Pendedahan tentang persekitaran pembelajaran yang berbeza, budaya yang berbeza dan ciri-ciri antarabangsa mungkin tidak terdapat di universiti tempatan.

Sekiranya anda berminat untuk menyambung pengajian di luar negara, baca 4 step yang anda perlu lakukan sebelum memohon.

LANGKAH MENYAMBUNG PENGAJIAN DI LUAR NEGARA

Langkah 1 – Buat Research

Nak Sambung Belajar Luar Negara? Ini 4 Step Yang Perlu Anda Lakukan

Sama seperti kita nak sambung belajar dalam negara, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah buat sedikit research. Nak belajar luar negara, anda bukan sahaja kena tahu universiti mana yang menawarkan kursus pengajian yang anda minat, malah kena tahu juga penempatan dan kos sara hidup di sana.

Anda kena ingat, anda akan berada di negara orang. Jadi memang perlulah buat sedikit kajian. Bila dah buat kajian, anda nilai sendiri mampukah anda survive di sana nanti?

Langkah 2 – Ambil Exam IELTS

Nak Sambung Belajar Luar Negara? Ini 4 Step Yang Perlu Anda Lakukan

Jika di Malaysia nak melanjutkan pengajian di peringkat Degree, kita kena ambil peperiksaan MUET. Tetapi kalau nak sambung belajar ke luar negara anda wajib ambil peperiksaan International English Languange Testing System (IELTS). IELTS ini adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia.

Anda kena skor dalam peperiksaan ini terlebih dahulu dan pintu untuk melanjutkan pengajian ke luar negara akan terbuka lebih luas. Bila dah dapat keputusan IELTS, anda dan boleh sediakan dokumen seperti sijil akademik dan maklumat diri untuk hantar ke agent.

Langkah 3 – Hubungi IDP Agent

Dah tahu nak belajar di mana dan dah terima keputusan IELTS, langkah seterusnya adalah hubungi IDP agent. IDP ini adalah organisasi yang menguruskan pelajar yang menyambung pelajaran ke luar negara. Mereka ini yang akan membantu dan menguruskan anda dari awal sehingga ke akhir permohonan. Dari visa, hal universiti, tempat tinggal dan semuanya.

Jangan risau, servis IDP ini percuma!

Langkah 4 – Mohon Biasiswa

Yuran dan kos pengajian di luar negara ini tidak sama dengan di Malaysia. Ia akan menjadi lebih mahal kerana anda perlu bayar kos penginapan, makan, bab buku dan lain-lain. Sebab itulah anda perlu memohon biasiswa. Kecuali jika anda memang berkemampuan untuk menanggung semua, tidak perlu mohon biasiswa.

Jangan risau, banyak biasiswa di Malaysia yang menawarkan biasiswa untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara. Anda kena rajin buat research di internet.

Sudah nampak flow yang anda perlu lalui untuk menyambung pengajian ke luar negara? Jika nak lebih jelas lagi, anda boleh tanya sesiapa yang berpengalaman menyambung pengajian di luar negara.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma