Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Permohonan Kemasukan Ke PERDA-TECH Sesi Januari 2021 Buat Lepasan SPM

Oleh Cikgu Shaari • October 19, 2020 • 2 min baca

Permohonan Kemasukan Ke PERDA-TECH Sesi Januari 2021 Buat Lepasan SPM
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

PERDA-TECH menawarkan program pengajian di peringkat Diploma dan Sijil kemasukan Januari 2021 buat lepasan SPM yang berminat untuk menceburi bidang kemahiran yang disediakan. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai perkara dalam bidang yang diminati.

Program ini direka khas untuk melahirkan tenaga kerja mahir terlatih dalam pelbagai sektor yang meliputi semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan. Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info program yang ditawarkan.

BIDANG YANG DITAWARKAN

Antara bidang yang ditawarkan untuk kemasukan Januari 2021 adalah:

  • Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Kimpalan
  • Sijil Khas Automotif
  • Sijil Khas Jahitan dan Potongan Baju
  • Sijil Khas Kimpalan Fabrikasi Logam
  • Sijil Khas Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Pelajar yang berjaya mengikuti program pengajian bakal memperoleh kemudahan tersebut:

  • Elaun Sara Hidup, Penginapan dan Pakaian Kursus Disediakan Untuk Pelajar Sijil
  • Kemudahan Latihan Yang Lengkap
  • Kemudahan Wifi
  • Yuran Pengajian Percuma
  • Insuran Kelompok

SYARAT KEMASUKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipilih:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Lulus Bahasa Inggeris

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program pengajian yang disediakan, anda boleh buat permohonan sebelum 8 November 2020 di pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh terus ke laman www.perda.tech-edu.my atau hubungi talian 04 599 1100.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.