Panduan Lengkap Renew/Perbaharui Lesen Memandu Secara Dalam Talian

Tidak perlu bersusah payah tunggu giliran dan pergi ke Pejabat Pos atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) lagi selepas ini untuk memperbaharui lesen kenderaan! JPJ telah mengumumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) kini boleh dilakukan secara atas talian melalui Sistem myEG.

Langkah ini adalah bagi memudahkan urusan pengguna dan mengurangkan pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 kini masih berleluasa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap memperbaharui lesen memandu secara online

HARGA PERBAHARUI LESEN MEMANDU

Harga memperbaharui lesen memandu adalah berdasarkan tempoh tahun yang pengguna mahu.

  • 1 Tahun = RM30
  • 2 Tahun = RM60
  • 3 Tahun = RM90
  • 4 Tahun = RM120
  • 5 Tahun = RM150

CARA RENEW LESEN MEMANDU SECARA ONLINE

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat pembaharuan lesen memandu secara online:

  1. Pergi ke laman www.myeg.com.my
  2. Sekiranya anda belum pernah mendaftar, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu. Klik Create Account
    Cara Renew Lesen Memandu Secara Online
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta untuk daftar akaun
  4. Setelah selesai mendaftar, log masuk menggunakan ID dan password yang didaftarkan
    Cara Renew Lesen Memandu Secara Online
  5. Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
    Cara Renew Lesen Memandu Secara Online
  6. Klik Driving License Renewal (CDL)
    Cara Renew Lesen Memandu Secara Online
  7. Masukkan maklumat pembaharuan lesen anda
  8. Anda boleh pilih kaedah pengambilan lesen baru sama ada penghantaran atau ambil di kaunter servis.
    Cara Renew Lesen Memandu Secara Online
  9. Jika anda pilih khidmat penghantaran, isi maklumat alamat anda
  10. Caj penghantaran akan dikenakan seperti berikut
    Cara Renew Lesen Memandu Secara Online
  11. Klik Submit/Hantar
  12. Maklumat pembayaran akan dipaparkan. Klik Proceed/Teruskan
    Cara Renew Lesen Memandu Secara Online
  13. Pilih kaedah bayaran yang anda mahu gunakan.
    Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

Setelah buat pembayaran, siap! Anda hanya perlu tunggu makluman pengambilan lesen memandu anda atau penghantaran ke alamat yang ditetapkan. Makluman akan diberikan melalui email yang telah anda daftarkan.

Mudah kan? Tak perlu ke kaunter dan beratur panjang pun kini dah boleh renew lesen kenderaan anda.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Panduan Lengkap ezBiz SSM: Cara Renew SSM Secara Online

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma