5 Industri Yang Tak Akan Terjejas Apabila Berlaku Kemelesatan Ekonomi

Kita semua dapat lihat sepanjang Malaysia dan dunia berdepan penularan wabak Covid-19, banyak industri di sekeliling kita terjejas dari segi pendapatan. Contohnya agensi pelancongan, syarikat penerbangan, pusat hiburan, pembekal barang perkahwinan, dan lain-lain.

Industri-industri ini terjejas kerana ianya bukan satu keperluan apabila menghadapi saat-saat kemelesetan ekonomi seperti ini. Kesannya adalah banyak syarikat yang terpaksa memberhentikan pekerja kerana syarikat tersebut sendiri tiada pendapatan.

Namun, ada beberapa industri atau perniagaan ini kalis kemelesetan ekonomi! Nak tahu? Ikuti perkongsian di bawah.

5 INDUSTRI KALI KEMELESETAN EKONOMI

Peruncitan

Keperluan asas seperti alat mandian, bahan masakan, makanan dan lain-lain barang keperluan adalah antara barang yang pasti akan digunakan tanpa mengira keadaan ekonomi semasa. Dalam kata lain, ianya merupakan satu keperluan yang kita lakukan hari-hari.

Justeru, kedai-kedai runcit dan juga pasaraya antara industri yang kalis ekonomi. Kita sendiri dapat lihat macam mana orang “panic buying” di pasaraya saat PKP diumumkan. Itu bermaksud, perkara pertama yang orang cari adalah barang keperluan untuk hidup.

5 Industri Yang Tak Akan Terjejas Apabila Berlaku Kemelesatan Ekonomi

Penjagaan Kesihatan

Ubat-ubatan, rawatan dan keperluan kesihatan yang lain antara keperluan yang tidak mungkin dikurangkan walaupun masalah ekonomi berlaku. Kita semua memang sudah terbiasa dari dulu jika sakit sahaja pasti akan cari ubatnya.

Tambahan orang-orang zaman sekarang hanya mengharapkan ubat-ubatan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Jadi, orang tidak akan pernah berhenti cari ubat-ubatan untuk kekal sihat.

5 Industri Yang Tak Akan Terjejas Apabila Berlaku Kemelesatan Ekonomi

Restoran & Makanan

Sepertimana penjagaan kesihatan itu penting, makanan juga penting. Walaupun ekonomi mengalami kemelesetan, paling kurang bajet makan mewah akan dikurangkan, namun tetap akan membeli makanan asasi.

Percayalah, setiap isi rumah tidak akan masak setiap hari. Dalam seminggu pasti akan ada  1 – 2 hari mereka akan membeli makanan dari luar tambahan apabila bekalan untuk masak di rumah sudah habis. Orang akan sentiasa mencari makanan untuk hidup.

Penghantaran & Logistik

Barang-barang perlu dihantar untuk memenuhi keperluan pengguna, walaupun berlaku kemelesetan ekonomi. Tambahan pula pada zaman yang serba canggih ini, hampir semua barang boleh didapati secara online. Bila dah beli dalam talian pasti akan menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk dihantar ke rumah.

Oleh itu, industri ini tidak akan terjejas malah semakin meningkat penggunaannya apabila berlaku perintah kawalan pergerakan semasa Covid-19.

5 Industri Yang Tak Akan Terjejas Apabila Berlaku Kemelesatan Ekonomi

DIY & Pusat Pembaikan

Apabila dalam kesukaran, satu cara untuk mengurangkan kos adalah memperbaiki barang dimiliki dan bukannya menggantikannya. Selain itu, penyelenggaraan rutin juga dilakukan sendiri. Semahal mana pun anda beli sesuatu barangan, satu hari nanti pasti akan buat masalah juga!

Jadi barangan pembaikan ini memang akan diperlukan oleh setiap isi rumah. Jika anda masih ingat, semasa tempoh PKP  di mana hanya bekalan makanan sahaja dijual, ramai rakyat yang tercari-cari dan memerlukan barang pembaikan kerana mengalami kerosakan barang.

5 Industri Yang Tak Akan Terjejas Apabila Berlaku Kemelesatan Ekonomi

Industri-industri yang disenaraikan ini bukanlah 100% kalis ekonomi namun keadaan perniagaan ini kurang terjejas walaupun negara mengalami kemelesetan ekonomi. Buktinya kita sendiri boleh lihat apabila berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Baca juga: Apa Beza PKPB, PKPD & PKPDB? Ini Istilah Berkaitan PKP Yang Perlu Anda Tahu

Kenapa ia kurang terjejas? Jika anda lihat balik, semua perniagaan di atas adalah perniagaan barang keperluan yang anda sendiri pun perlukan dalam kehidupan.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma