Pelajar IPT Yang Terkandas Boleh Mohon Dana PPZ-MAIWP Sehingga RM200
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyediakan dana sebanyak RM130,000 bagi membantu mahasiswa yang telah hadir di kampus masing-masing untuk melaporkan diri bagi pendaftaran secara fizikal.
PPZ-MAIWP mewujudkan inisiatif program itu di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu penuntut IPT di seluruh negara melalui ‘Musaadah Khaira Siswa PPZ’. Sumbangan kewangan yang akan diberikan itu bagi menampung keperluan semasa seperti pengangkutan, penginapan dan lain-lain.
Pelajar IPT yang memerlukan bantuan kewangan boleh isi borang permohonan yang disediakan.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Penerima mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Pelajar institut pengajian tinggi (IPT)
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Terkandas akibat penangguhan kemasukan sesi pengajian.
DOKUMEN SOKONGAN
Permohonan mestilah disertakan dengan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Tiket Penerbangan / Bas / Kereta Api / Resit Bayaran Sewa
KADAR BAYARAN BANTUAN
Bayaran maksimum adalah sebanyak RM200 dan ianya bergantung kepada keperluan semasa berdasarkan dokumen sokongan yang disertakan oleh pelajar.
Permohonan yang diterima akan diproses setelah tempoh permohonan ditutup, dan pembayaran bagi permohonan yang lulus akan dilakukan dalam dalam 7 hari bekerja.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank pelajar.
CARA MOHON
Pelajar IPT yang memerlukan bantuan dan ingin memohon, boleh membuat permohonan dalam talian sehingga 9 Oktober 2020. Isi borang permohonan online di pautan berikut:
Semakan boleh dibuat bermula 10 Oktober 2020 secara berperingkat.
Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut boleh dimajukan terus ke e-mel rasmi musaadahsiswa@zakat.com.my.