Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2022/2023
Yayasan ANGKASA menyediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah (Biasiswa) kepada para pelajar yang berkelayakan bagi melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara.
Pelajar yang berminat boleh memohon pembiayaan melalui laman sesawang Yayasan ANGKASA. Permohonan pembiayaan ini akan berakhir pada 31 Oktober 2022.
Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan pembiayaan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA pengambilan 2022/2023 akan dibuka pada:
- 1 Ogos 2022 hingga 31 Oktober 2022
KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan seperti berikut:
- Kelas Pertama: 100% Biasiswa
- Kelas Kedua Atas: 60% Biasiswa
- Lain-lain kelas: 100% Pembiayaan
Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang faedah.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA:
Kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia
- Anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA / anak anggota koperasi
- Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi
- Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
- Maksimum empat (4) tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja)
Kelayakan Umur
- Anggota koperasi (Koperasi Tersebut berdaftar Ahli ANGKASA) – Umur tidak melebihi 40 tahun
- Anak anggota koperasi – Umur tidak melebihi 25 tahun
Syarat kelayakan akademik adalah berbeza-beza mengikut peringkat pengajian. Anda boleh semak syarat kelayakan akademik DI SINI.
BIDANG PENGAJIAN
Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengajian berikut:
- Pengurusan Kewangan
- Pengurusan Perniagaan
- Pengurusan Pelaburan
- Perakaunan
- ICT
- Undang-undang
- Kejuruteraan
- Bioteknologi
- Bidang-bidang lain yang relevan dengan pembangunan koperasi
CARA MEMOHON
Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA adalah dibuka sehingga 31 Oktober 2022. Permohonan hendaklah dibuat melalui atas talian sahaja di pautan berikut:
Pemohon mestilah membeli pin (RM10) terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat. Pembelian PIN permohonan pembiayaan boleh dibuat dengan mudah melalui JomPAY.
Selepas menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar.