Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Guru Jual Makanan Kepada Murid Boleh Kena Tindakan Tatatertib & Dibuang Kerja

Oleh Cikgu Shaari • October 7, 2020 • 2 min baca

Guru Jual Makanan Kepada Murid Boleh Kena Tindakan Tatatertib & Dibuang Kerja
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ternyata perbuatan guru menjual makanan kepada murid di sekolah adalah salah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja sekiranya didapati bersalah! Pasti ramai yang tidak sangka kan? Walaupun niatnya baik untuk membantu pelajar, tertanya ianya salah.

Kenapa jual makanan kepada murid adalah salah?

Ia tertakluk dalam perintah am perjawatan yang melarang mereka menjalankan perniagaan sewaktu sedang bekerja. Baca selanjutnya di bawah.

DILARANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock, berkata guru sekolah tidak boleh menjalankan perniagaan dalam waktu persekolahan.

Perbuatan menjual makanan untuk dibekalkan kepada murid tidak sepatutnya berlaku dan perlu ditangani kerana ia bukan kerja hakiki seorang guru.

Tindakan guru yang menjual makanan kepada pelajar dengan alasan permintaan ibu-bapa atau sebagai bekalan bernutrisi tetap dianggap melakukan kesalahan kerana ia di luar tugasan rasminya.

PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993

Berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang dinyatakan dalam Peraturan 5: Pekerjaan Luar, Ketua Jabatan boleh meluluskan permohonan dengan syarat:

  • Ia tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa dikehendaki menjalankan tugas rasminya
  • Tidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai penjawat awam serta tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan.

TINDAKAN GURU MENJEJASKAN JUALAN KANTIN

Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) meminta kerajaan dan ibu-bapa membantu pengusaha kantin sekolah yang tersepit dengan masalah operasi dan pendapatan merosot kerana terpaksa bersaing dengan guru serta koperasi sekolah yang turut menjual makanan kepada murid ketika PKPP sedang berlangsung.

Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Hamzah Omar, dilaporkan berkata hampir 70 peratus daripada 10,000 pengusaha kantin ketika ini berdepan kesukaran kerana mereka terpaksa bersaing dengan aktiviti jualan dilakukan dalam sekolah itu sendiri.

Guru Jual Makanan Kepada Murid Boleh Kena Tindakan Tatatertib & Dibuang Kerja

Sekiranya ada pihak yang mendapati aktiviti perniagaan dalam kalangan guru dalam waktu persekolahan masih berlaku, diminta untuk melaporkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tindakan lanjut.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.