Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Beli Kereta Klon, Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib

Oleh Cikgu Shaari • October 6, 2020 • 2 min baca

Beli Kereta Klon, Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Johor dan Kelantan dilaporkan antara negeri yang paling banyak menggunakan kereta klon. Penjawat awam dinasihati supaya jangan sesekali menggunakan atau memiliki kenderaan jika tidak mahu berdepan tindakan tatatertib.

Namun nasihat ini bukan sahaja terpakai untuk penjawat awam, semua orang juga dinasihatkan untuk tidak memiliki kereta klon atau akan berdepan dakwaan mahkamah.

Nak tahu maksud kereta klon dan kesalahan memiliki kereta klon, baca selanjutnya.

APA ITU KERETA KLON?

Pernah dengar tak istilah kereta klon? Kereta klon biasanya dirujuk bilamana dua buah kereta model yang sama menggunakan nombor pendaftaran yang sama. Namun hanya satu sahaja yang benar-benar sah dengan nombor chasis serta cukai jalan sama dengan rekod yang disimpan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beli Kereta Klon, Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib

Sementara satu lagi adalah “salinan” daripada kereta yang sah tadi. Sekali imbas, ia nampak sah sebab ada cukai jalan dengan nombor pendaftaran tetapi biasanya kantoi bila ada pemeriksaan oleh pihak berkuasa apabila nombor chasisnya tidak sama.

Kereta klon yang dijual di Malaysia majoritinya datang dari Singapura dan dijual dengan harga dua kali lebih murah berbanding di pasaran Malaysia.

KESALAHAN MEMILIKI KERETA KLON

Sekiranya didapati ada penjawat awam yang terbabit dengan kenderaan klon, mereka akan dilaporkan kepada pihak atasan jabatan untuk dikenakan tindakan tatatertib di atas kesalahan memandu kenderaan klon.

Selain berhadapan tindakan undang-undang, pemandu atau penumpang kenderaan klon juga berdepan risiko tidak dilindungi insurans sekiranya terbabit kemalangan.

TAKTIK PENJUALAN KERETA KLON

Anda mungkin pernah dengar dakwaan penjual yang kereta ini sah sebab ada rekod di JPJ dan anda bakal jadi pemiliknya yang sah. Sebenarnya ini adalah sindiket terancang.

Penjual kereta klon ini mampu menyediakan dokumen lengkap seperti geran dan cukai jalan. Tetapi sebenarnya itu ialah dokumen yang diplagiat dari pemilik kereta sebenar di Malaysia.

CARA KENALI KERETA KLON

Cara pantas untuk menyemak-silang kereta klon adalah dengan memeriksa nombor casis. Kemudian bandingkan dengan nombor di dalam geran tadi.

Beli Kereta Klon, Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib

Sama ada membeli dengan sengaja atau tidak sengaja, anda dinasihatkan untuk elakkan daripada memiliki kereta klon. Pastikan anda semak dokumen yang patut sebelum membuat pembelian kereta terpakai.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.