Sijil SSM Hilang? Ini 4 Langkah Mudah Cetak Sijil Perniagaan SSM Secara Online
Sijil SSM hilang, dah lama cari tetapi tak jumpa? Tak perlu susah-susah dan bahayakan diri bersesak ke cawangan SSM untuk cetak sijil yang baru kerana anda boleh cetak semula sijil SSM anda hanya secara online dengan mudah.
Bayaran untuk mendapatkan sijil perniagaan ini adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM65 sahaja termasuk kos GST. Apa yang perlu anda lakukan adalah sediakan wang yang cukup dalam akaun bank untuk buat pembayaran online.
Berikut adalah langkah-langkah mencetak sijil perniagaan SSM secara online.
Isi Kandungan
CARA CETAK SIJIL SSM ONLINE
Langkah 1
Pergi ke laman SSMReprint.com dan lengkapkan maklumat syarikat seperti yang diminta.
Langkah 2
Pilih jenis sijil yang anda mahu cetak.
Langkah 3
Masukkan maklumat email aktif untuk terima sijil secara softcopy nanti. Tick pada kotak yang disediakan dan klik Search Now.
Langkah 4
Buat pembayaran secara online dengan langkah yang ditetapkan. Anda akan terima email Sijil SSM dalam email dalam masa 1 jam waktu bekerja.
Bila dah ada softcopy sijil SSM yang dihantar dalam email, anda boleh terus cetak dan gunakan sijil tersebut. Mudah kan?
SSM anda sudah tamat tempoh? Anda boleh renew sijil SSM anda secara online!
Baca sini: Panduan Lengkap ezBiz SSM: Cara Renew SSM Secara Online
Semoga bermanfaat!