Kemudahan Pertukaran Tarikh Penerbangan Tanpa Had Disediakan Buat Pelajar IPT
Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Air Asia Berhad dan Malindo Air menyediakan kemudahan pertukaran tarikh penerbangan dan pengecualian FI Penukaran Tarikh buat para pelajar yang terjejas akibat penangguhan pendaftaran di Institusi Pengajian Tinggi secara bersemuka.
Bagi pelajar yang tergolong dalam golongan yang kurang bernasib baik ini, anda boleh membuat pertukaran tarikh penerbangan seperti yang disediakan ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pertukaran penerbangan tanpa had.
Isi Kandungan
AIR ASIA: PERTUKARAN TARIKH PENERBANGAN TANPA HAD
Seperti yang diumumkan, Air Asia bakal menyediakan kemudahan pertukaran tarikh penerbangan tanpa had sebelum 31 Disember 2020 ini buat pelajar IPT.
Pertukaran tarikh itu boleh diatur tanpa bayaran tambahan bagi laluan yang sama, bergantung kepada ketersediaan tempat duduk untuk pelajar dan ibu bapa.
Pelajar boleh hubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat bagi tujuan ini.
MALINDO AIR: PENGECUALIAN FI PERTUKARAN TARIKH
Pelajar IPT yang telah membeli tiket penerbangan dengan syarikat Malindo Air boleh mendapatkan pengecualian FI penukaran tarikh sekiranya ingin membuat pertukaran tarikh penerbangan. Walaubagaimanapun, tarikh penukaran adalah tertakluk kepada perbezaan tambang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Malindo Air berhubung perkara ini di talian 03-7841 5388 atau emel ke alamat customer_care@malindoair.com.