Mohon Bantuan Anak Pahang Yang Terkesan Dengan Penundaan Pendaftaran Ke IPTA
Penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Pahang yang tinggal di luar kampus atau berkesan dengan penundaan pendaftaran ke IPTA diminta menghubungi Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPTA masing-masing.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu bagi memudahkan kerajaan negeri menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada mereka.
Inisiatif ini adalah susulan arahan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya pelajar tidak perlu mendaftar secara fizikal tetapi melakukannya secara online.
Isi Kandungan
BANTUAN MAHASISWA ANAK PAHANG
Bagi yang sudah mendaftar dan tinggal di asrama yang IPTA sediakan seperti arahan yang dikeluarkan oleh KPT, mereka diminta kekal berada di sana sehingga arahan lanjut dikeluarkan.
Kerajaan negeri Pahang bersedia menyediakan bantuan kepada mahasiswa Anak Pahang yang terkesan dengan penundaan pendaftaran ke IPTA.
TALIAN BANTUAN
Kepada mahasiswa yang terlibat, sila hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
Yayasan Pahang:
- Puan Safwati: 017-268 4029
- En Meor Ahmad Ariff: 013: 920 0111
ATAU
Hubungi wakil mahasiswa di kampus melalui Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di talian berikut:
Baca juga: UiTM Prihatin: Insentif Bantuan RM100 Kepada Pelajar UiTM