Panduan Buat Semakan Penyata SSPN-i Plus & SSPN-i Secara Online
Bagi ibu bapa yang masih belum membuka akaun simpanan buat anak-anak, tak perlu tunggu anak-anak besar pun untuk buka akaun. Sejak kecil lagi anak-anak patut menabung! Antara salah satu pilihan yang baik untuk membuat simpanan anak-anak adalah di SSPN, iaitu salah satu instrumen simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
Bagi yang belum ada akaun SSPN, anda boleh buka akaun secara online dengan mudah! Klik SINI untuk buka akaun SSPN secara online.
Jika dah ada akaun simpanan SSPN, anda boleh semak penyata atau baki simpanan anda secara online dengan mudah! Ikuti panduan di bawah.
Isi Kandungan
CARA BUAT SEMAKAN PENYATA SSPN i-PLUS & SSPN-i SECARA ONLINE
Bagi yang baru saja membuat pembukaan akaun SSPN-i Plus / SSPN-i secara online atau manual, anda perlu tunggu 48 jam selepas pembukaan akaun untuk lakukan semakan secara online.
Berikut adalah panduan membuat semakan penyata SSPN-i Plus secara online:
Langkah 1
Sila klik salah satu pautan yang berkaitan:
Langkah 2
Klik Daftar pengguna baru untuk semakan kali pertama.
Langkah 3
Buat pendaftaran akaun sehingga selesai dan klik DAFTAR
Langkah 4
Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
Langkah 5
Anda boleh buat semakan simpanan, penambahan deposit simpanan dan lakukan potongan direct debit (potongan automatik bank) di laman tersebut.
PERBEZAAN ANTARA SSPN-i & SSPN-i PLUS
Bagi yang masih tidak tahu, berikut adalah perbezaan antara akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus:
Buka akaun SSPN anda sekarang secara online DI SINI. Sangat mudah! Tak perlu beratus panjang untuk berurusan. Nak buat semakan penyata pun sangat mudah hanya secara online.
Semoga bermanfaat!