Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Permohonan GKP 2.0 Kini Dibuka, Semak Tarikh Keputusan Permohonan & Pembayaran Di Sini

Oleh Cikgu Shaari • October 1, 2020 • 2 min baca

Permohonan GKP 2.0 Kini Dibuka, Semak Tarikh Keputusan Permohonan & Pembayaran Di Sini
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Pengenalan semula GKP 2.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri ini adalah berikutan penularan wabak COVID-19 masih memberi kesan kepada peniaga.

Permohonan GKP 2.0 kini dibuka, anda boleh semak tarikh keputusan permohonan dan pembayaran di perkongsian bawah.

SYARAT KELAYAKAN GPK 2.0

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak menerima bantuan RM3,000 GKP 2.0:

  • Memenuhi definisi PKS mikro
  • Berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM sehingga 31 Ogos 2020
  • Pemohon tidak pernah menerima GKP sebelum ini
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

PERMOHONAN GKP 2.0

Permohonan GKP 2.0 pada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan kini dibuka sehingga 31 Oktober 2020.  Klik pautan di bawah untuk membuat permohonan GKP 2.0:

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Sekiranya anda telah melengkapkan permohonan dalam tarikh yang ditetapkan, anda boleh buat semakan keputusan permohonan pada:

  • Tarikh Keputusan Permohonan GKP 2.0: 15 November 2020

TARIKH PEMBAYARAN GKP 2.0

Setelah membuat semakan status permohonan GKP 2.0 dan permohonan anda BERJAYA, anda perlu menunggu pembayaran dibuat pada tarikh:

  • Tarikh Pembayaran GKP 2.0: 25 November 2020

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.

Sekiranya anda tidak memenuhi syarat kelayakan untuk permohonan GKP 2.0, anda boleh mohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan kadar bayaran mengikut kategori.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.