UiTM Laksana Norma Baru Penganugerahan Diploma/Ijazah Secara Janji Temu. Mohon Di Sini

Saat-saat penganugerahan Diploma/Ijazah atau majlis konvokesyen adalah salah satu detik yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar universiti. Maklumlah, setelah 3 – 4 tahun bertungkus lumus belajar, akhirnya mereka akan tamatkan zaman pengajian.

Lebih meriah dan seronok apabila majlis konvokesyen diraikan bersama ahli keluarga dan insan tersayang.

Namun, sambutan konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) kali ini akan disambut dengan suasana yang sedikit berbeza akibat penularan wabak COVID-19.

NORMA BAHARU PENGANUGERAHAN SIJIL

Norma baharu Penganugerahan Diploma/Ijazah secara janji temu UiTM merupakan satu langkah alternatif yang dilakukan demi menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan (4K) para graduan, ibu bapa dan seluruh warga yang terlibat.

Janji temu yang diperkenalkan ini telah mengambil kira pelbagai aspek yang berkaitan 4K dengan merujuk prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Langkah UiTM dengan memperkenalkan Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji temu di mana penganugerahan ini lebih mudah, cepat, selesa dan mencapai matlamat yang diingini selaras dengan keadaan pandemik COVID-19 masa kini.

UiTM Laksana Norma Baru Penganugerahan Diploma/Ijazah Secara Janji Temu

PELAKSANAAN KONVO JANJI TEMU

Melalui penganugerahan secara Janji temu, graduan masih berpeluang untuk memakai jubah konvokesyen, merakamkan gambar kenangan dan akan menerima skrol serta transkrip sebagaimana istiadat konvokesyen secara konvensional. Sesi penganugerahan ini akan dijalankan di UiTM Shah Alam dan seluruh Kampus Cawangan berdasarkan pemilihan kampus terdekat oleh graduan.

Graduan akan membuat janji temu secara dalam talian dan hadir secara bergilir mengikut tarikh dan tempat (UiTM Shah Alam atau UiTM Cawangan) yang telah dipilih. Gambar graduan akan diambil dan disatukan dengan gambar penganugerahan yang telah ditetapkan.

Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu dilaksanakan seperti berikut:

  • Tarikh : 7 November 2020 hingga 9 Januari 2021 (tertakluk kepada pindaan)
  • Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang (termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti
    umum)

PROSES PENGANUGERAHAN DIPLOMA/IJAZAH JANJI TEMU

UiTM Laksana Norma Baru Penganugerahan Diploma/Ijazah Secara Janji Temu

PERMOHONAN PENGANUGERAHAN JANJI TEMU

Permohonan Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji Temu boleh dibuat melalui Sistem Janji Temu. Sistem akan dibuka mulai 1 hingga 14 Oktober 2020. Sistem boleh diperoleh di laman berikut:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi pegawai berikut:

  • Puan Aminah binti Aman
    Timbalan Pendaftar
    Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen
    Tel : 03-55443110
    Emel : aminaham@uitm.edu.my
  • Puan Rozani binti Mohd. Noh
    Penolong Pendaftar Kanan
    Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen
    Tel : 03-55443114
    Emel : roza@uitm.edu.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma