Rakan Sekerja Panggil ‘Sayang’, Anda Boleh Dakwa Atas Kesalahan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Tahu tak anda boleh didakwa jika panggil rakan sekerja anda ‘sayang’? Walaupun untuk sekadar suka-suka atau bergurau, tetapi jika individu yang dipanggil sayang tersebut tidak selesa dengan perbuatan anda, anda boleh didakwa atas kesalahan gangguan seksual di tempat kerja.

Jangan main-main dengan gurauan ini!

Perkara ini dapat dibuktikan apabila salah seorang boss di Murphy Sarawak Oil Co Ltd yang terlalu kerap mengambil setiausahanya ‘sayang’ telah dibuang kerja selepas dilaporkan.

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

Antara gangguan seksual di tempat kerja yang ramai tak sedar adalah:

  • Panggil ‘sayang’ di hadapan orang lain atau melalui pesanan mesej
  • Tindakan fizikal yang tidak senonoh seperti meletakkan tangan ke atas bahu, bersalaman tanpa sebab dan menyentuh pipi
  • Memberi hadiah yang tidak diingini dan memaksa mangsa menerima hadiah tersebut/
  • Meminta mangsa melakukan pekerjaan di luar bidangnya

DAKWAAN ATAS KESALAHAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

Jika perkara ini terjadi kepada diri anda, anda boleh membuat laporan kepada majikan dan kes ini perlu disiasat di bawah Seksyen 81F Akta kerja 1966. Jika majikan tidak membuat apa-apa tindakan setelah dilaporkan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.

Sekiranya anda tidak selesa untuk laporkan kepada majikan, anda boleh laporkan hal ini kepada pihak polis di bawah Akta 509 Kanun Keseksaan.

Sejak 2016 lalu, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan mangsa gangguan seksual untuk menyaman suspek yang telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dirinya.

KHIDMAT NASIHAT

Jadi jika ada kenalan atau pekerja di tempat anda melakukan gangguan seksual walaupun hanya dengan menggunakan panggilan manja, perkara itu bukanlah sesuatu yang normal untuk dilakukan.

Kelakuan yang boleh menyebabkan anda atau rakan sekerja berasa tidak selesa boleh dilaporkan kepada pihak majikan agar ia tidak terus menjadi budaya di tempat kerja dalam kalangan masyarakat kita

Sekiranya anda memerlukan bantuan dan khidmat nasihat mengenai gangguan seksual di tempat kerja, anda boleh hubungi NGO Women’s Aid Organization di talian +603 7956 3488 atau All Women’s Action Society di talian +603 7877 0224.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma