5 Perkara Yang Patut Di Elakkan Dalam Resume Yang Ramai Tak Sedar
Apabila memohon kerja, perkara pertama yang akan majikan lihat untuk nilai diri calon adalah resume. Dari maklumat yang ada di resume, pelbagai penilaian majikan boleh lakukan atas diri calon. Sebab itulah penting untuk calon buat resume yang terbaik.
Pernah terfikir tak mungkin apa yang anda masukkan dalam resume itu sebenarnya tidak perlu pun dan membuatkan majikan tidak berminat dengan resume anda walaupun anda berkelayakan?
Jadi, untuk mengelakkan calon melakukan kesilapan yang tidak patut dilakukan, ketahui 5 perkara yang patut dielakkan letak dalam resume ini.
Isi Kandungan
ELAKKAN 5 PERKARA INI DALAM RESUME
Tangga Gaji
Tak perlu pun letak gaji yang pernah anda terima di syarikat lama atau sekarang di resume. Anda hanya akan berikan persepsi yang buruk kepada majikan. Kenapa tak sesuai diletakkan?
Kerana jika gaji anda yang dulu tinggi, mungkin tidak padan dengan gaji yang mereka tetapkan sekarang mereka akan merasa buang masa jika panggil anda temuduga. Jika anda letakkan gaji yang rendah pula, mereka akan merasakan anda hanya pekerja yang biasa sahaja.
Jadi, elakkan letak tangga gaji pada resume anda.
Nama Email Yang Mengarut
Bila sudah masuk alam pekerjaan ini, anda tidak boleh berkelakuan seperti budak-budak lagi. Belajar untuk jadi seorang yang profesional. Nama email ini penting sebab salah satu cara majikan buat penilaian berkaitan tahap profesional dan kematangan calon.
Emel yang sesuai adalah nama sebenar anda seperti sitiaminah@gmail.com (contoh). Jangan pula letak nama mengarut seperti bungiwangi@gmail.com dan sebagainya.
Pengalaman Kerja
Pengalaman kerja ini memang selalu dimasukkan oleh calon. Tidak salah nak masukkan pengalaman kerja, tetapi selalu calon suka cerita berjela-jela di bahagian tersebut. Pastikan anda hanya masukkan pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja.
Tak perlu masukkan pengalaman bekerja di kedai runcit, pasaraya atau sebagainya jika tidak berkaitan. Tiada guna pun masukkan pengalam kerja yang tiada kaitan. Anda hanya akan membuatkan majikan bosan untuk baca resume anda.
Maklumat Peribadi
Contoh maklumat peribadi yang tak perlu dimasukkan dalam resume adalah seperti status perkahwinan, hobi, benda yang diminati, dan lain-lain. Anda kena ingat bahawa anda bukan lagi berada di zaman sekolah.
Hanya maklumat penting sahaja perlu dimasukkan ke dalam resume. Majikan tidak berminat untuk ketahui maklumat peribadi anda yang tidak penting.
Rujukan
Kebanyakan resume memang ada reference dengan alamat jawatan dan nombor telefon untuk dihubungi. Kononnya diaorang akan call dan tanya apa pendapat reference pasal diri calon. Secara logiknya, mestilah majikan dah tahu yang calon dah maklumkan dengan reference supaya cakap benda elok-elok sahaja kan? Jadi apa faedahnya kalau mereka call? Melainkan dalam panduan permohonan, majikan minta calon letakkan nama reference, baru anda masukkan rujukan.
Calon tidak perlu pun masukkan terlalu banyak maklumat yang tidak penting dalam resume hanya untuk membuatkan resume kelihatan banyak isi. Terlalu banyak maklumat yang tidak berguna hanya membuang masa majikan dan memberikan persepsi yang buruk sahaja.
Semoga bermanfaat!