Daftar PENJANA KPT-CAP: Latihan Kerja & Peluang Pekerjaan Buat Graduan Menanggur
Graduan menganggur perlu merebut peluang ditawarkan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (Penjana KPT-CAP) bagi memberi nilai tambah kepada mereka.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program KPT-CAP itu disifatkan memberi peluang kepada graduan menambah kemahiran dan nilai kompetensi diri untuk memasuki pasaran kerja.
Program PENJANA KPT-CAP yang julung kali yang diperkenal ini unik oleh kerana graduan dipastikan akan memperoleh pekerjaan selepas mereka menamatkan dengan jayanya kursus yang ditetapkan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF PENJANA KPT-CAP
Antara objektif utama PENJANA KPT-CAP adalah:
- Meningkatkan kebolehpasaran graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti yang bergraduat pada tahun 2019 (belum bekerja) atau telah tamat pengajian pada tahun 2020 untuk mengikuti program latihan bagi mendapat kemahiran
- Meningkatkan kemahiran dan berpeluang mendapat penempatan pekerjaan setelah tamat program latihan yang diikuti.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah antara syarat kelayakan mendaftar PENJANA KPT-CAP:
- Warganegara Malaysia
- Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
- Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.
- Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil. Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
- Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA.
CARA DAFTAR PENJANA KPT-CAP
Ikuti langkah berikut untuk daftar PENJANA JPT-CAP:
- Layari laman great.mohe.gov.my
- Klik MOHON PROGRAM
- Masukkan MyKad dan klik MOHON
- Sekiranya anda TIDAK LAYAK, anda masih boleh mohon Program PENJANA di bawah HRDF
- Jika anda layak, anda akan diberi pilihan program yang layak memohon
- Buat pilihan program yang anda mahu
- Slip pengesahan permohonan program PENJANA KPT-CAP dipaparkan
- Notifikasi pengesahan kehadiran program akan dikemukakan melalui emel 7 hari sebelum program bermula
KEMUDAHAN PORTAL GREAT
Selain PENJANA KPT-CAP, portal GREAT juga menawarkan beberapa peluang kerjaya buat graduan seperti:
- Mencari Kerja
- Menjalankan perniagaan
- Melanjutkan pengajian
- Mencari pembiaya pengajian
- Meningkatkan kemahiran
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi Urus Setia PENJANA KPT-CAP seperti berikut:
- Urus setia PENJANA KPT-CAP
Aras 2, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Presint 5, 62200, PUTRAJAYA - No Tel:
KPT: 03 8870 5088/4322/5445
JPT: 03-8870 6473/6464/6479
JPPKK: 03 8888 2667/3406/3500 - Emel: penjana@mohe.gov.my