Cara Daftar Akaun Baru SPA9 & Panduan Permohonan Kerja Kerajaan
Sekiranya anda ingin memohon kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam, anda boleh membuat permohonan melalui Sistem Pendaftaran Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) yang kini menggantikan SPA8i.
Pemohon yang akaun sudah tamat tempoh juga perlu membuat pendaftaran baru di SPA9.
Setelah sistem permohonan kerja dalam perkhidmatan Awam dinaik taraf ke sistem baharu, kini anda sudah boleh menggunakan sistem SPA9.
Bagi individu yang ingin membuat permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam, boleh buat sekarang melalui laman web yang disediakan.
Isi Kandungan
CARA DAFTAR SPA9
Bagi individu yang belum pernah membuat pendaftaran di sistem SPA8i atau akaun tamat tempoh, anda perlu membuat pendaftaran baru di SPA9 untuk membuat permohonan kerja dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan:
- Klik pautan spa9.spa.gov.my
- Klik Pendaftaran Pengguna1
- Lengkapkan maklumat yang diminta sehingga selesai
- Tanda pada kotak yang disediakan tanda SETUJU
- Klik Daftar
Setelah selesai daftar, anda boleh login untuk membuat permohonan jawatan.
CARA MOHON JAWATAN
Setelah selesai daftar akaun baru, anda boleh login ke laman SPA9 dan buat permohonan jawatan seperti berikut:
- Klik pautan spa9.spa.gov.my
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Kemaskini maklumat dan permohonan jawatan seperti yang dikehendaki
- Isi maklumat yang diminta
- Klik Seterusnya
- Masukkan SEMUA keputusan akademik
- Isi maklumat kebolehan & bakat
- Pilih 15 Jenis Jawatan yang anda mahu
- Tanda pada kotak SETUJU dan klik Hantar
Siap! Slip pengesahan akan dipaparkan. Permohonan kerja anda selesai. Anda hanya perlu buat semakan status dari masa ke semasa. Jika anda mendapat panggilan peperiksaan, anda akan dimaklumkan melalui emel.
MAKLUMAT PENDAFTARAN PEKERJAAN SPA9
Berikut adalah maklumat pendaftaran pekerjaan dalam SPA9 yang anda perlu tahu:
- Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
- Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;
- Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower, iaitu:
a. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
b. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
c. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.
Pemohon dinasihatkan untuk elakkan kesilapan yang boleh menyebabkan calon gagal mendapat tawaran SPA.
Semoga bermanfaat!