i-Suri KWSP Negeri Sembilan Mula Dibayar, Ini Cara Daftar iSuri Bagi Negeri-negeri Lain

Insentif i-Suri KWSP yang diperkenalkan pada 2018 telah memberi manfaat kepada golongan suri rumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana suri rumah diberikan bantuan dalam bentuk skim KWSP sama seperti ahli lain yang bekerja.

Kini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai tertakhluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

I-SURI KWSP NEGERI SEMBILAN MULA DIBAYAR

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyarankan negeri-negeri lain meneruskan langkah Kerajaan Negeri Sembilan menyediakan peruntukan khas untuk caruman suri rumah melalui program Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

Negeri Sembilan merupakan negeri pertama dan perintis kepada usahasama memperkasakan golongan wanita melalui pemberian sumbangan i-Suri kepada suri rumah dan wanita yang berdaftar dengan e-Kasih di negeri tersebut.

Kerajaan negeri lain disarankan untuk mengikut langkah kerajaan Negeri Sembilan kerana ini merupakan inisiatif yang baik dan boleh dijadikan tabungan kepada golongan suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Semak syarat kelayakan pendaftaran i-suri di pautan berikut:

CARA DAFTAR BANTUAN i-SURI KWSP

Pendaftaran boleh dibuat oleh kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih. Pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-Suri boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

Untuk membuat pendaftaran, beberapa dokumen diperlukan iaitu:

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

BAGAIMANA SUMBANGAN KERAJAAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN KWSP?

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP pencarum sebanyak 2 kali bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember setiap tahun.

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:

  1. Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun
  2. Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai caruman suri rumah, i-Suri KWSP, anda boleh layari laman rasmi KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma