Soalan Temuduga Kerajaan Dalam Bahasa Melayu Atau Bahasa Inggeris? Ini Perkara Yang Anda Kena Tahu
Pernah terfikir tak anda berkemungkinan akan ditanya dalam Bahasa Inggeris ketika temuduga dalam sektor kerajaan? Seperti yang kita tahu, temuduga kerajaan pasti akan menggunakan Bahasa Kebangsaan kita, iaitu Bahasa Melayu.
Tapi jangan terkejut bila tiba-tiba penemuduga menujukan soalan dalam Bahasa Inggeris! Memang tidak mustahil perkara ini berlaku.
Isi Kandungan
KENAPA TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS?
Dalam perkhidmatan awam, Bahasa Melayu memang diutamakan, tetapi Bahasa Inggeris juga amat meluas digunakan terutamanya melibatkan urusan-urusan luar Negara, pelanggan/ orang awam berstatus tinggi, urusan-urusan dokumentasi dan sebagainya.
Penjawat awam akan berhadapan dengan macam-macam bangsa dan pelbagai ragam. Walaupun orang Malaysia, tidak semua fasih berbahasa Melayu. Jadi, calon akan diuji dari segi kebolehan berbahasa Inggeris.
BILA SOALAN BAHASA INGGERIS DITANYA?
Calon jangan risau kerana biasanya temuduga kerajaan ini bukan keseluruhan dalam Bahasa Inggeris. Jika anda bernasib baik, mungkin keseluruhan temuduga anda adalah ditanya dalam Bahasa Melayu. Jika ditanya dalam Bahasa Melayu, anda WAJIB jawab dalam Bahasa Melayu.
Soalan dalam Bahasa Inggeris pula akan ditanya untuk menguji calon sahaja. Biasanya hanya 1 – 2 soalan sahaja dalam Bahasa Inggeris dan selebihnya dalam Bahasa Melayu. Bila ditanya dalam Bahasa Inggeris, calon WAJIB jawab dalam bahasa tersebut.
SOALAN YANG BIASA DITANYA DALAM BAHASA INGGERIS
Biasanya panel akan menanyakan soalan temuduga tersebut dalam Bahasa Inggeris:
- What is your name?
- Please introduce yourself *
- What do you know about _______ (Calon perlu beri pendapat mengenai perkara yang ditanya) *Fokus isu semasa
- Tell me about yourself
- Describe your country
- Job description
*Contoh-contoh ini adalah sebahagian sahaja berdasarkan pengalaman calon yang lalu.
Baca juga: Contoh Jawapan & Point Penting Untuk Soalan Temuduga “Sila Perkenalkan Diri Anda”
PERKARA YANG DINILAI KETIKA BERBAHASA
Apa yang dinilai ketika calon menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris?
- Adakah Grammar akan dinilai?
- Adakah cara komunikasi akan dinilai?
- Adakah pemahaman akan dinilai?
Semua aspek tersebut memang penting, tetapi apa yang paling UTAMA dinilai dalam temuduga adalah:
Mampukah anda bercakap dalam Bahasa Inggeris?
Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris. Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan dan yakin. Ketika itu, jangan pedulikan Grammar! Yang penting adalah YAKIN.
Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian.
Baca juga: “Mengapa Anda Berminat Dengan Kerja Kerajaan?”. Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini
Semoga bermanfaat!