Mohon Skim Tabung Endowmen Bantuan Pelajar Untuk Sesi Pembelajaran (STEBP) UKM
Pusat Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (HEP – UKM) menawarkan Skim Tabung Endowmen Bantuan Pelajar (STEBP) untuk memberikan bantuan kepada pelajar yang memerlukan bantuan dalam sesi pembelajaran sepanjang di Universiti.
Pelajar UKM yang memerlukan bantuan kewangan boleh buat permohonan dengan langkah-langkah yang dikongsikan di bawah.
Baca juga: Mohon Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar UKM Untuk Sebarang Kemalangan
Isi Kandungan
BANTUAN YANG DITAWARKAN
Antara bantuan yang ditawarkan di bawah STEBP adalah seperti berikut:
Bantuan Pelajaran
- Sara Hidup
- Yuran (Pengajian, Penginapan & Tertunggak)
- Latihan Amali Industri (LAI)
Bantuan Peralatan Pendidikan
- Bantuan pendidikan Pelajar
- Bantuan Alat Sokongan (penglihatan / pendengaran dan sebagainya)
Bantuan Khas
- Bantuan Khas Luar Jangka
Sumbangan kepada pelajar akibat kejadian di luar jangkaan atau kes-kes lain yang difikirkan perlu mengikut budi bicara Pengerusi Jawatankuasa dan bantuan kes-kes khas yang tidak dinyatakan dalam bantuan-bantuan di atas seperti skim tabung kebajikan dan endownmen bantuan pelajar.
SYARAT KELAYAKAN
Semak syarat kelayakan permohonan bantuan berikut:
- Semua pelajar tempatan UKM yang berdaftar di UKM sepanjang pengajian dan belum disahkan oleh senat sebagai layak bergraduan adalah layak untuk memohon tabung ini.
- Tidak didapati bersalah atau sesuatu kesalahan tatatertib atau bukan sedang menunggu prosiding tatatertib.
- Setiap permohonan pelajar akan diproses dan diteliti menerusi kaedah-kaedah yang akan ditentukan oleh Urusetia seperti temubual, kunjungan hormat dan sebagainya mengikut keperluan semasa.
PROSES PERMOHONAN
Permohonan perlu dibuat oleh pelajar atau rakan pelajar/waris. Dua salinan borang permohonan beserta dokumen sokongan perlu dihantar ke Unit Kebajikan HEP-UKM. Borang permohonan boleh didapati di pautan berikut:
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut adalah salinan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan:
- Kad matrik pelajar
- Kad pengenalan pelajar/ waris
- Sebutharga (bagi bantuan khas)
- Surat Permohonan
- Kertas Cadangan
- Dokumen lain yang berkaitan
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke Unit Kebajikan, Pusat Hal Ehwal Pelajar Aras 7, Bangunan PUSANIKA UKM atau hubungi talian 03 8921 4368 / 5060 / 3229.