Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semester 2 2020/2021 Kini Dibuka
Lembaga Zakat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa pelajar UTHM yang mendapat tawaran dan memerlukan bantuan kewangan untuk memohon Bantuan Zakat Pelajar UTHM bagi Semester 2 2020/2021.
Bantuan Zakat dibuka buat calon yang mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian ke semua peringkat pengajian di UTHM dan layak menerima bantuan.
Semak syarat kelayakan serta dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat permohonan bantuan zakat yang perlu dipenuhi:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia / Pemaustatin Tetap
- Berdaftar sepenuh masa sahaja
- Terbuka kepada pelajar Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD
- Pemilihan berdasarkan garis panduan pengiraan had kifayah
- Setiap permohonan TIDAK terikat dengan sesi temubual
- Pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Online beserta dokumen sokongan yang diperlukan
DOKUMEN SOKONGAN
Pemohon hendaklah memuat naik dokumen sokongan berikut semasa membuat permohonan:
- Salinan Kad Matrik (WAJIB), SEKIRANYA tiada Kad Matrik Pemohon Perlu Lampirkan Salinan IC
- Salinan Slip Gaji yang telah disahkan oleh Majikan / Penyata Pendapatan yang telah disahkan oleh Ketua Kampung / Pegawai Daerah (WAJIB)
- Salinan Laporan Kesihatan / Kad OKU (Jika Berkenaan)
- Salinan Keputusan Peperiksaan (Jika Tajaan Disekat / Lanjut Semester)
- Salinan Laporan Kesihatan / Kad OKU (Jika Berkenaan)
- Salinan Keputusan Peperiksaan Semasa (Jika Mohon Yuran Pengajian)
- Salinan Sijil Perakuan Perceraian (Jika Berkenaan)
- Salinan Sijil Kematian Ibubapa/ Penjaga (Jika Berkenaan)
Sekiranya pemohon GAGAL untuk memuatnaik dokumen sokongan yang TIDAK LENGKAP, permohonan anda tidak akan diproses dan diklasifikasikan sebagai GAGAL.
CARA MEMOHON
Untuk permohonan bantuan zakat kali ini, pemohon TIDAK PERLU HADIR sesi temuduga. Permohonan boleh dibuat secara online sahaja dengan mengisi borang permohonan yang disediakan dan muat naik dokumen sokongan.
Lengkapkan borang permohonan di bawah sebelum atau pada 25 MAC 2021:
Segala butiran hendaklah diisi dengan TEPAT dan LENGKAP dengan menggunakan HURUF BESAR. Setiap pelajar dikehendaki mengisi hanya satu permohonan sahaja
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi UTHM atau laman Facebook Zakat UTHM.