Semakan & Permohonan

Permohonan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan UTHM Kini Dibuka

September 18, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Permohonan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan UTHM Kini Dibuka

Sekiranya anda terlepas permohonan UPU, anda masih mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan kepujian (BEJ).

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di perkongsian bawah.

PROGRAM DITAWARKAN

Antara Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan kepujian (BEJ) yang ditawarkan adalah:

  • Kejuruteraan Komputer
  • Kejuruteraan Elektronik Perubatan
  • Kejuruteraan Mekatronik & Robotik
  • Kejuruteraan Mikroelektronik
  • Kejuruteraan Komunikasi

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan adalah dibuka kepada:

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua calon lepasan Diploma UTHM, Politeknik, ILKA dan IPTA lain
  • Calon Diploma yang baru tamat pengajian pada tahun 2020 amatlah dialu alukan untuk memohon

CARA MEMOHON

Permohonan adalah dibuka sehingga 29 September 2020 (Selasa). Sekiranya anda berminat untuk memohon, anda boleh klik pautan berikut:

Anda perlu membuat akaun baru terlebih dahulu untuk membuat permohonan kemasukan ke program yang ditawarkan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Jasi di talian 019 751 5079, Dr Lukman Hanif di talian 014 384 4550 atau Unit Akademik Prasiswazah FKEE di talian 017 456 4518.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda