SME CORP: Permohonan Program Tunas Usahawan Baitumal MAIWP

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui SME Corp Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan untuk melahirkan usahawan baharu dari latar belakang asnaf pada tahun ini melalui Program Tunas Usahawan Baitulmal.

Ianya bertujuan untuk membantu golongan asnaf mencapai kelangsungan hidup melalui keusahawanan serta mengubah paradigma usahawan asnaf untuk terlibat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di perkongsian bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur di antara 18 – 45 TAHUN pada tarikh tutup permohonan.
  • Telah mendaftarkan perniagaan kurang-kurangnya 6 bulan.
    i. Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh pendaftaran baharu tidak diambil kira
    ii. Keutamaan adalah kepada penerima bantuan Baitulmal (MAIWP)
    iii. Bagi graduan institusi pengajian atau pusat perlindungan di bawah kelolaan MAIWP mestilah telah menamatkan pengajian dan memulakan perniagaan atau telah mendaftarkan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan. Jika terpilih surat pengesahan tamat tempoh pengajian adalah diperlukan
  • Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal.
  • Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis
  • Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik/ anak hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan
  • Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta
  • Pemohon tidak pernah menyertai program ini sebelumnya

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila lampirkan dokumen berikut untuk membuat permohonan:

  • 1 Keping gambar bersaiz pasport
  • 1 salinan kad pengenalan pemohon
  • 1 salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • 1 salinan penyata bank 6 bulan terkini.
  • Surat pengesahan tamat pengajian atau tempoh perlindungan (Jika berkaitan)
  • Surat sokongan pengesahan bagi peserta yang menjalankan perniagaan melebihi 3 bulan dan belum mendaftar SSM.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat sehingga 18 September 2020 sahaja. Sekiranya anda berminat, anda perlu sediakan dokumen-dokumen sokongan yang disenaraikan di atas beserta borang permohonan yang boleh dimuat turun di bawah. Hantar dokumen dan borang permohonan ke pejabat MAIWP di alamat:

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Aras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM No. 150, Jalan Ipoh
    51200 Kuala Lumpur
  • Tel: 03 4047 9444

Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Hamdan bin Abd Kadir di talian 03 40477206 atau email ke alamat hamdan@maiwp.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma