Jenis-jenis Offshore Platform Yang Anda Wajib Tahu Dalam Oil And Gas
Selain daripada hidupan laut besar seperti ikan paus, benda yang paling besar terdapat di tengah-tengah lautan adalah pelantar minyak atau pelantar penggerudian. Dan jangan terkejut, kini lebih 40,000 pelantar minyak ada di lautan di seluruh dunia.
Mungkin ada yang tertanya kenapa ada banyak sangat jenis dan saiz pelantar minyak luar pesisir atau pelantar penggerudian ni?
Isi Kandungan
KENAPA ADA BANYAK PELANTAR MINYAK?
Jawapannya ialah pelantar minyak ini mempunyai keupayaan yang berbeza-beza dalam memenuhi keperluan teknikal, ekonomi, kerajaan, dan keselamatan untuk mencapai matlamat penggerudian tertentu. Tiada jenis yang boleh memenuhi semua keperluan untuk setiap lokasi penggerudian.
JENIS-JENIS PELANTAR MINYAK
Fixed Platform
- Pelantar yang paling biasa digunakan dan dibina di atas kaki konkrit atau keluli yang tidak boleh dipindahkan jadi disebabkan itu ianya direka untuk kegunaan jangka panjang (contohnya platform Hibernia).
- Dibina untuk kedalaman air sehingga kira-kira 520 m (1,710 kaki).
Semi-submersible Platform
- Platform separa tenggelam ini biasanya dibina di atas pontoon (silinder logam berongga) terapung.
- Boleh dialihkan dari satu tempat ke tempat yang lain dan boleh diletakkan di atas atau ke bawah dengan mengubah jumlah air dalam tangki keapungan.
- Boleh digunakan dalam kedalaman air dari 60 hingga 6,000 m (200 hingga 20,000 kaki).
Jack-up Platform
- Pelantar mudah alih menggunakan kaki keluli yang boleh diturunkan dan dipanjangkan.
- MODU (Mobile Offshore Drilling Units) ini biasanya digunakan dalam kedalaman air sehingga 120 meter (390 kaki).
- Platform ini direka untuk deposit kecil atau pertengahan dan bilangan kru yang boleh bekerja pada suatu masa juga lebih kecil dari platform lain.
SPAR Platform
- Platform SPAR adalah platform minyak terapung yang menggunakan pelampung silinder panjang untuk terus bertahan.
- Terdapat tiga jenis platform SPAR: klasik, kekuda, dan sel.
- Sesuai digunakan di dasar laut yang tidak begitu dalam dan banyak digunakan di Gulf of Mexico.
- Perdido Shell adalah SPAR terdalam di dunia, dengan kedalaman 2,450 meter.
FPSO
- Kapal Pengeluaran, Penyimpanan, dan Pemunggahan Terapung adalah sebuah kapal yang digunakan untuk memproses dan menyimpan minyak dan gas.
- Platform MOPU bergerak ini adalah alternatif yang murah dan tangkas untuk pemasangan saluran paip mahal di kawasan yang hanya menghasilkan bahan api untuk tempoh masa yang singkat.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pendedahan kepada anda yang lebih meluas dalam bidang Oil and Gas. Bagi yang berminat nak memasuki bidang ini, terdapat pelbagai laluan kerjaya yang boleh anda ceburi.