Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Peringatan Maybank [ Scam ]: Jangan Sesekali Klik “Link” Ini Jika Terima SMS Seperti Ini

Oleh Cikgu Shaari • September 11, 2020 • 2 min baca

Peringatan Maybank [ Scam ]: Jangan Sesekali Klik “Link” Ini Jika Terima SMS Seperti Ini
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sindiket penipuan secara atas talian kini memang sudah menjadi kebiasaan berlaku pada masa kini. Sindiket penipuan atau dikenali sebagai scammer ini sering berlaku kepada individu yang tidak bersalah dan terlalu percaya dengan maklumat yang diterima. Individu yang tidak bertanggungjawab (scammer) ini sentiasa mencari peluang untuk “merompak “secara online.

Maybank melalui laman Facebook rasmi mereka menasihatkan kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak membuka link daripada pesanan ringkas SMS yang mendakwa mereka adalah Maybank.

PERINGATAN MAYBANK

Maybank telah memberi peringatan agar tidak tertipu dengan sindiket online yang tular melalui SMS ini. Kononnya SMS yang diterima dari Maybank, namun sebenarnya tidak. Pihak Maybank telah memberi makluman bahawa pihak mereka tidak pernah menghantar mesej seperti ini. Pengguna diingatkan agar tidak klik “Link” yang diberikan menerusi SMS tersebut.

Peringatan Maybank [ Scam ]: Jangan Sesekali Klik "Link" Ini Jika Terima SMS Seperti Ini

Menurut Maybank, pengguna hanya boleh log in melalui laman www.maybank2u.com.my sahaja. Tiada sebarang laman web lain yang boleh digunakan untuk tujuan log in seperti mana yang dihantar melalui SMS tersebut.

Sekali lagi diingatkan agar pengguna tidak sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi dan maklumat akaun bank ke mana-mana saluran yang tidak pasti sehahihannya. Pengguna digalakkan untuk buat semakan dengan pihak yang betul terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan yang meragukan.

Selalunya disebabkan hal-hal inilah wang di dalam bank simpanan kita boleh hilang secara tidak sedar. Kongsikan juga perkongsian ini kepada kenalan lain agar tidak ada yang terjerat dengan sindiket penipuan ini!

Baca juga: Penipuan Sewa Rumah, Ini Tanda Awal Anda Bakal Ditipu Tuan Rumah Sewa Baru Anda

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.