Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Permohonan Biasiswa Yayasan Diraja Sultan Mizan Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • September 10, 2020 • 2 min baca

Permohonan Biasiswa Yayasan Diraja Sultan Mizan Kini Dibuka
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) adalah sebuah badan amal yang telah dilancarkan  pada 19 Julai 2005 di Kuala Terengganu. Yayasan ini merupakan ilham Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, serta diasaskan dan dipengerusikan sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Tujuan utama YDSM adalah untuk membantu dan memberi sumbangan ke arah usaha meningkatkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat negeri Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Permohonan Biasiswa Yayasan Diraja Sultan Mizan kini terbuka untuk anak jati negeri Terengganu yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di luar negara.

PERINGKAT PENGAJIAN

YDSM telah bersetuju untuk menaja pelajar yang menyambung pelajaran di peringkat pengajian dan bidang berikut:

  • Peringkat Doktor Falsafah (PhD)
  • Bidang Pengajian Artificial Intelligence

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Anak Jati NEGERI TERENGGANU sahaja
  • Telah tamat pengajian Sarjana (Master) dalam bidang yang berkaitan
  • Pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang “Artificial Intelligence
  • Bersedia untuk belajar di LUAR NEGARA.   

CARA MEMOHON

Tawaran biasiswa kini dibuka sehingga 30 September 2020. Sekiranya ada pelajar-pelajar dalam negeri Terengganu yang berminat untuk memohon Biasiswa ini bolehlah menghantar surat permohonan beserta resume dan cadangan proposal kajian dalam bidang “Artificial Intelligence yang sesuai kepada Yayasan DiRaja Sultan Mizan di alamat berikut:

  • YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN
    Pekarangan Istana Badariah
    Jalan Sultan Mahmud
    20400 Kuala Terengganu
  • Tel : 09-625 1131, 626 1131
  • Faks : 09-623 1131
  • Emel: media.ydsm@gmail.com / yayasandirajasultanmizan@gmail.com

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pegawai YDSM Encik Mohd Hapizul bin Ibrahim di talian 019-9302100 atau 09-6251131/6261131.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.