Duit Rosak/Koyak Masih Ada Nilai. Ini Cara Tukar Duit Rosak Di Bank Berdekatan

Duit rosak atau koyak masih ada nilai ke? Di mana nak tukar duit tersebut? Mungkin masih ramai yang tidak tahu sebenarnya sekiranya duit anda terkoyak, anda boleh tukar di Bank Negara Malaysia dan dapatkan wang yang baru dengan nilai yang sama! Tetapi nak dapat wang baru dengan nilai yang sama ada syaratnya pula.

Jika duit syiling rosak tidak menjadi masalah lagi kerana nilainya tidak terlalu banyak. Apa yang menjadi masalah adalah apabila wang kertas bernilai tinggi seperti RM100 rosak!

Nak tahu macam mana nak tukar dan nilainya berapa, ikuti perkongsian di bawah.

CIRI-CIRI WANG ROSAK

Berikut adalah ciri-ciri wang kertas yang rosak dan mungkin sudah tidak diterima sekiranya anda menggunakannya untuk membeli sesuatu:

  • Kotor/Lusuh
  • Lembik
  • Renyik
  • Conteng
  • Luntur Warna
  • Koyak
  • Berlubang
  • Terbakar
  • Dimakan anai-anai
  • Hilang ciri-ciri keselamatan

KADAR NILAI GANTIAN WANG ROSAK

Kadar gantian nilai bagi wang kertas yang tidak sesuai untuk edaran adalah tertakluk kepada garis panduan berikut:

Duit Rosak/Koyak Masih Ada Nilai, Ini Cara Tukar Duit Rosak Di BNM

Nilai Penuh

Anda akan mendapat nilai penuh jika tukar wang yang rosak tidak terlalu teruk. Kriteria penilaian untuk mendapat nilai penuh adalah wang yang rosak masih lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas.

Duit Rosak/Koyak Masih Ada Nilai, Ini Cara Tukar Duit Rosak Di BNM

Nilai Separuh

Anda akan mendapat gantian separuh daripada nilai wang tersebut sekiranya wang anda rosak separuh daripada saiz asal. Kriteria penilaian untuk mendapat nilai separuh adalah antara 1/2 hingga 2/3 daripada saiz asal wang kertas.

Duit Rosak/Koyak Masih Ada Nilai, Ini Cara Tukar Duit Rosak Di BNM

Tiada Nilai

Wang kertas anda sudah TIADA NILAI jika rosak melebihi separuh daripada saiz asal. Ini bermakna wang kertas yang tinggal kurang dari separuh daripada saiz asal wang kertas sudah tidak bernilai.

3 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI UNTUK TUKAR WANG ROSAK

Berikut adalah 3 perkara yang perlu diketahui apabila menukar wang kertas ringgit yang rosak:

  • Nilai pertukaran  dan tempoh ganti nilai bergantung pada keadaan wang kertas ringgit yang rosak
  • Bagi kes wang kerta ringgit rosak yang jelas, anda akan diberikan ganti nilai pada hari yang sama
  • Bagi kes yang tidak jelas, institusi kewangan akan merujuk BNM untuk penilaian lanjut. Anda akan diberikan ganti nilai pada tarikh lain

CARA TUKAR DUIT ROSAK

Untuk tukar duit rosak yang anda ada, mudah sahaja. Anda hanya perlu hadirkan diri ke mana-mana bank berdekatan anda. Bawa bersama duit rosak dan maklumkan pada kaunter bahawa anda ingin menukar wang.

Anda akan diberikan kertas dan pita pelekat dan diminta untuk lekatkan wang tersebut di atas kertas yang diberi.

Semoga bermanfaat

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma