Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 • Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 •

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • March 25, 2021 • 2 min baca

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) Kini Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mendapat tawaran pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk memohon biasiswa atau pinjaman YTN seperti yang diiklankan.

Keutamaan adalah diberi kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama dan Diploma di semua Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dalam negara. Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan biasiswa berikut.

TEMPOH PERMOHONAN

Yayasan Tenaga Nasional membuka permohonan pada:

  • 10 Jun hingga 23 Jun 2022

BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK

Keutamaan adalah diberikan kepada pelajar dari bidang berikut:

  • Electrical Power Engineering
  • Mechanical Engineering
  • Civil Engineering
  • Accountancy

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan permohonannya:

  • Lulus STPM  dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.50 ATAU
  • Lulus Diploma / Matrikulasi/ Asasi dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.50
  • Mestilah tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan
  • Aktif dalam aktiviti kurikulum
  • Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi
  • Tidak mempunyai saudara yang menerima biasiswa daripada YTN
  • Telah mendapat tawaran kemasukan ke semester pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

PERMOHONAN BIASISWA YTN

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk memohon, anda boleh buat permohonan sekarang sebelum tarikh tutup iaitu 23 Jun  2022. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan berikut:

Setelah permohonan dibuat, pemohon perlu menunggu keputusan panggilan temuduga. Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga yang ditetapkan. Pemohon yang layak akan dihubungi dalam masa 3 bulan.

biasiswa yayasan tenaga nasional

Untuk maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN), anda boleh rujuk di laman web rasmi ytn.tnb.com.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.