Jika Berminat Nak Jadi Akauntan Bertauliah, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan

Bidang Perakaunan merupakan salah satu bidang yang sangat terkenal dalam kalangan kita. Maklumlah, pasti anda semua sudah difahamkan bidang perakaunan akan menjamin kerjaya yang lebih cerah berbanding bidang lain.

Memang betul, perakaunan merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi. Hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi.

Berikut adalah beberapa tips untuk menjadi akauntan bertauliah bagi yang berhasrat untuk teruskan perjalanan dalam bidang perakaunan.

KERJAYA AKAUNTAN

Untuk menjadi seorang akauntan bukannya mudah. Calon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda dan ke atas. Kerjaya akauntan ini adalah tergolong dalam kategori professional setaraf dengan kerjaya pemegang ijazah lain dimana setiap jawatan dimulakan dengan perkataan “ Pegawai “.

Jika anda berhasrat untuk teruskan kerjaya sebagai akauntan bertauliah, ada beberapa laluan yang perlu anda lalu antaranya adalah lulus Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan banyak lagi.

TIPS BERJAYA SEBAGAI AKAUNTAN BERTAULIAH

1) Jangan Berhenti Setakat Ijazah

5 Tips Berjaya Menjadi Akauntan Bertauliah

Sekiranya anda adalah pelajar dalam bidang Perakaunan dari mana-mana universiti di dalam atau luar negeri, jangan berhenti setakat segulung Ijazah sahaja. Ia tidak mencukupi. Teruskan pengajian anda hingga ke peringkat Tauliah Professional dari badan perakaunan antarabangsa seperti CIMA, ACCA, ICAEW, CPA dan sebagainya.

2) Kuasai Bahasa Inggeris

Pastikan anda dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana semua ilmu perakaunan adalah di dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya anda tidak faham bahasa ini, tentulah sukar untuk memahami dan menjawab soalan peperiksaan.

3) Mendaftar Dengan MIA & Lulus Peperiksaan

Untuk bergelar sebagai ‘Akauntan’, pastikan anda mendaftar dengan Malaysian Institute of Accountants (MIA). Barulah anda boleh mendapat pengiktirafan ‘CA (M)’ selepas nama anda.

Ahli MIA ni ada beberapa kelebihan salah satunya dalam sektor awam ni kalau dapat jawatan dalam kumpulan penguran dan profesional tangga gaji permulaan adalah lebih tinggi daripada orang lain sebab dalam kategori ahli badan yang diiktiraf.

4) Rancang Sumber Kewangan Untuk Yuran

5 Tips Berjaya Menjadi Akauntan Bertauliah

Anda perlu tahu bahawa Yuran pengajian untuk peringkat Tauliah Professional global adalah pelaburan yang agak besar, terutamanya kerana faktor mata wang asing. Misalnya, yuran peperiksaan dan keahlian untuk CIMA dan ACCA ialah dalam Pound Sterling.

Jadi, anda perlu merancang sumber kewangan dari awal agar tidak kecewa di kemudian hari. Setengah syarikat korporat besar memberi bantuan kewangan khas atau biasiswa kepada pekerja untuk meneruskan pengajian di peringkat professional.

5) Jangan Mudah Terpedaya Dengan Kata-Kata Negatif

5 Tips Berjaya Menjadi Akauntan Bertauliah

Ramai di sekeliling kita asyik sebut-sebutkan bahawa bidang perakaunan susah dan nak lulus CIMA/ACCA/ICAEW bukan satu benda yang mudah. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata negatif sebegitu. Setiap kebolehan orang adalah berbeza-beza.

Mungkin anda mempunyai kebolehan yang lebih hebat dalam kuasai bidang ini? Yakin dengan diri sendiri boleh lakukan. Anda pasti boleh mencapai impian untuk menjadi Akauntan Bertauliah dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda yang berasrat untuk terus pergi jauh dalam bidang akauntan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma