Mohon Bantuan JKM RM20,000 Jika Anda Mangsa Serangan Binatang Buas (Ular, Tebuan, Musang & Lain-Lain)
Pasti ramai yang tak tahu kan sebenarnya jika anda terkena serangan binatang buas, anda layak terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga RM20,000? Mangsa atau waris layak untuk memohon bantuan ini menerusi tabung khas yang dikenali sebagai Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Difahamkan kes paling banyak menerima bantuan adalah membabitkan serangan ular, buaya, babi hutan dan beruang. Liputan tabung itu juga sudah diperluas kepada serangan haiwan akuatik seperti ikan, pari, obor-obor dan lain-lain.
Isi Kandungan
OBJEKTIF BANTUAN
Bantuan yang disalurkan kepada mangsa adalah bagi:
- Membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan yang akan diberikan adalah berdasarkan tahap kecederaan yang dialami mangsa dengan:
- Kadar maksimum RM20,000 bagi mangsa yang meninggal dunia, koma atau hilang upaya kekal.
- Bagi kes hilang upaya pula sebahagian kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
Tabung yang diluluskan Kabinet pada 2004 itu diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertanggungjawab menyediakan laporan terperinci kes untuk dijadikan asas permohonan bantuan.
SYARAT KELAYAKAN
Mangsa atau waris boleh membuat tuntutan sekiranya diserang binatang yang dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (Perhilitan) sebagai binatang buas.
Lihat senarai binatang di bawah yang dikategorikan sebagai binatang buas.
BINATANG BUAS YANG BERKAITAN
Hanya mangsa yang menerima serangan binatang buas berikut sahaja layak untuk memohon:
- Gajah
- Ular
- Seladang
- Buaya
- Biawak
- Babi hutan
- Memerang
- Beruang
- Semua jenis musang
- Harimau
- Kucing batu & kucing hutang
- Ular sawa
- Semua jenis tebuan & lebah liar
- Ular berbisa
- Primat (berok, kera, siamang, ungka, lotong & kongkang)
CARA MEMOHON
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda terkena serangan binatang buas, anda boleh ikut langkah berikut untuk buat permohonan bantuan:
- Sediakan lampiran laporan perubatan daripada pihak hospital (wajib ada)
- Terus pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan untuk memohon bantuan Tabung Serangan Binatang Buas.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke kaunter pejabat JKM berdekatan anda atau hubungi talian JKM di 03 8000 8000.