Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah 2020 Buat Lepasan PT3/PMR, SPM, Diploma & Ijazah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) membuka peluang pekerjaan bagi beberapa jawatan kepada lepasan PT3/PMR, SPM dan Ijazah yang memenuhi syarat kelayakan. Permohonan jawatan yang ditawarkan adalah dibuka secara atas talian iaitu melalui sistem espans Sabah.
Penggunaan sistem ini adalah bagi memastikan urusan pengambilan, pelantikan, perkhidmatan dan tindakan tatatertib Pegawai Awam Negeri dilaksanakan dengan adil, saksama, tepat, cepat dan efisien.
Bagi calon yang berminat untuk berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Sabah, anda boleh semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan yang dikongsikan di bawah.
Isi Kandungan
SENARAI JAWATAN KOSONG
Lepasan PT3/PMR
- Pembantu Operasi Gred N11 – Jabatan Bendahari Negeri Sabah
- Pembantu Operasi gred N11 – Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
- Pengawas Hutan gred G11 – Jabatan Perhutanan Sabah
- Pembantu Operasi Gred N11 – Jabatan Kerja Raya
- Pembantu Awam Gred H11 – Jabatan Kerja Raya
- Pembantu Kenderaan gred H11 – Jabatan Kerja Raya
Lepasan SPM
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
- Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
- Pembantu Laut Gred A19 – Jabatan Perhutanan Sabah
- Pembantu Kemahiran (Juruelektrik) gred H19 – Jabatan Perhutanan Sabah
- Pembantu kemahiran (Tukang Kayu) gred H19 – Jabatan Perhutanan Sabah
- Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA 19 – Jabatan kerja Raya
- Pembantu Kemahiran gred H19 – Jabatan Kerja Raya
Lepasan Diploma
- Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 – Jabatan Pertanian Negeri Sabah
- Penolong Juruukur GRed JA 29 – Jabatan Perhutanan Sabah
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DG 29 (Guru Kaunseling)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DG 29 (Guru Rekabentuk & Teknologi)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DG 29 (Guru Bahasa Inggeris)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DG 29 (Guru Bahasa Melayu)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DG 29 (Guru Matematik)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DG 29 (Guru Sains)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DG 29 (Guru Agama)
Lepasan Ijazah
- Pegawai Pertanian Gred G41 – Jabatan Pertanian Sabah
- Pegawai Penyelidik Gred Q41 – Jabatan Pertanian Sabah
- Jurugeogrspatial Gred J41 – Jabatan Perhutanan Sabah
SYARAT LANTIKAN
Lepasan PT3/PMR
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DG 29
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan(P)]
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Lepasan SPM
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Lepasan Diploma
- Mempunyai sijil berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Lepasan Ijazah
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG
Bagi calon yang berminat dengan tawaran jawatan dan memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan, permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di pautan berikut:
Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard calon.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan, bidang yang berkaitan dan syarat lantikan setiap jawatan yang ditawarkan anda boleh rujuk di sini: